Hari ini, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamluddin telah membentangkan di sidang dewan rakyat bahawa Malaysia kini berada dalam fasa terakhir untuk mendapatkan vaksin COVID-19.
View this post on Instagram
Untuk makluman anda, Malaysia telah berhubung dengan 10 pembekal vaksin dan kini ia telah sampai ke fasa terakhir untuk mendapatkan vaksin yang mencukupi untuk 10% dari jumlah populasi keseluruhan di Malaysia.
Tambah beliau lagi, Malaysia juga dalam masa yang sama sedang mengusahakan vaksin yang secukupnya untuk 60% dari jumlah populasi untuk herd immunity.
Vaksin ini dijangkakan bakal diperolehi mulai suku tahun pertama atau kedua tahun hadapan.