Semalam merupakan hari yang penuh debaran tetapi pada masa yang sama membanggakan buat seluruh rakyat Malaysia apabila akhirnya pasukan Harimau Malaya berjaya mara ke final Piala AFF Suzuki 2018 selepas mereka bermain mati-matian menentang pasukan Thailand.
Turut merasa gembira dan meraikan kejayaan tersebut adalah keluarga Rozita Che Wan. Mahu mencetuskan kelainan pada perlawanan akhir nanti, Che Ta nampaknya bakal membuat kejutan dengan mengenakan gaun yang cukup memukau ke stadium nanti.
Rata-rata netizen sudah tidak sabar untuk melihat penampilan Che Ta dan mencadangkan agar beliau memakai gaun dengan warna tema kuning hitam seperti warna rasmi pasukan Harimau Malaya.
Terdahulu, penampilan Che Ta yang bergaya sakan ke stadium kekal dengan imej berkasut tumit tinggi serta solekan tebal lengkap dengan bulu mata palsu dan beg tangan mewah menjadi perhatian netizen. Kata mereka, Che Ta memang seorang yang berani dalam bergaya tidak kira dimana sahaja beliau berada, yang penting tetap nampak cantik dan anggun.