Malaysia Jadi Negara Pertama Di Dunia Tawar Bayar Zakat Guna Mata Wang Kripto

Berita

Malaysia Jadi Negara Pertama Di Dunia Tawar Bayar Zakat Guna Mata Wang Kripto

Malaysia merupakan negara pertama di dunia yang menawarkan bayaran zakat dengan menggunakan aset digital, kata Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), Datuk Abdul Hakim Amir Osman.

Seiring dengan teknologi semasa, revolusi itu adalah antara inisiatif untuk membimbing umat Islam agar tidak melepaskan tanggungjawab zakat dalam era teknologi ‘blockchain’ dan mata wang kripto.

Advertisement

Antara yang berumur 18 hingga 34 tahun ni, seramai 54.2 peratus daripada keseluruhan pelabur terlibat dalam dunia kripto. Oleh sebab itu kita melihat ini adalah satu sumber zakat baru, sumber kekayaan baru terutama bagi golongan muda.

kriptowang

Selain itu, revolusi tersebut juga merupakan antara inisiatif terbaru untuk memudahkan pembayaran zakat secara lebih efisien memandangkan nilai aset digital yang dimiliki rakyat Malaysia dilaporkan mencecah RM16 bilion dan ia wajib dizakatkan.

Tambahnya, Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan kali ke-134 lalu turut memutuskan mata wang digital adalah komoditi yang diniagakan dengan zakat perniagaan dikeluarkan pada kadar 2.5 peratus.

Transformasi dalam pelaksanaan ibadah melalui medium digital menjadi bukti bahawa Islam terus berkembang dan menyesuaikan diri dengan keperluan semasa umatnya.

Mengikut rekod, kutipan zakat aset digital dilaporkan meningkat 73 peratus dengan kutipan sebanyak RM25,983.91 pada 2023, manakala untuk tahun ini sekitar RM44,991.97.

rozita che wan bukan seorang penghutang
2 months ago

"Zakat Dia Sebulan Dah Beratus Ribu.." - Individu Nafi Che Ta Suka Berhutang, Anggap Macam Kakak Sendiri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Buletin TV3

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...