“Malaysia & Indonesia Sudah Seperti Adik-Beradik, Cubit Paha Kiri, Paha Kanan Pun Terasa Juga” – Siti Nurhaliza

Hiburan

“Malaysia & Indonesia Sudah Seperti Adik-Beradik, Cubit Paha Kiri, Paha Kanan Pun Terasa Juga” – Siti Nurhaliza

Bakal mengadakan persembahan di konsert Pestapora di Jakarta Ahad depan, Biduanita Negara iaitu Datuk Siti Nurhaliza berharap agar kemelut di Indonesia segera reda.

Siti harap keadaan di Indonesia segera pulih

Menurut Siti, 46, dia sangat teruja untuk membuat persembahan di negara tersebut, apatah lagi ramai peminat disana sudah lama menanti-nantikan kedatangannya.

Advertisement

Katanya lagi, sebelum ini penganjur di Indonesia sering menjemputnya untuk membuat persembahan tetapi Siti mengatakan dirinya tidak mempunyai kelapangan masa untuk ke sana.

Jadi, bila sudah ada kelapangan, perkara ini berlaku. Harap semua akan reda dengan cepat dan kita boleh teruskan Pestapora.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Sedih dan sayu, anggap Malaysia dan Indonesia seperti ‘adik-beradik’

Dalam pada masa yang sama, penyanyi negara itu turut meluahkan rasa sedih dengan kemelut yang sedang melanda di negara Indonesia ketika ini.

Saya sebagai anak seni yang diterima baik oleh masyarakat Indonesia turut terkesan dan bersimpati. Malaysia dengan Indonesia ini sudah seperti adik-beradik. Kalau cubit paha kiri, paha kanan pun terasa juga.

Pada 28 Ogos lalu, seorang pemandu ojek iaitu Affan Kurniawan maut dilanggar oleh kenderaan taktikal ‘Barracuda’ milik polis Indonesia ketika demonstrasi berlaku di kawasan Bendungan Hilir, Jakarta.

rakyat maut ketika rusuhan, Prabowo salahkan perusuh
2025-09-02 17:21:17

"Polis Mungkin Salah Tetapi Kalau Ada Korban, Perusuh Sebenarnya Adalah Punca" - Prabowo

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Hib Glam

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...