Malaysia Fashion Week 2016 diakhiri dengan penuh gilang-gemilang pada minggu lalu menerusi majlis penuh gilang gemilang untuk meraikan para pemenang anugerah Mercedes-Benz STYLO Asia Fashion Week Awards. Sebanyak 9 anugerah telah diberikan kepada para pemenang yang telah memberikan impak positif kepada industri fesyen Asia.
Antara kategori anugerah yang diberikan ialah Professor Dato’ Jimmy Choo Award
(Next Designer of the Year 2016 : Accessories and Next Designer of the Year 2016 : Fashion) dan Mercedes-Benz STYLO Asia Fashion Week Award (Asia’s Most Influential Designer 2016; Exhibitor of the Year 2016; MODESTyle Designer of The Year 2016; Most Promising Fashion Award 2016; Exhibition of The Year 2016; Emerging Designer of the Year 2016 and Malaysian Fashion Showcase Award 2016). Kehadiran tetamu VVIP seperti President & CEO, Mercedes Benz Malaysia, Mr. Claus Weidner; Mark Raine, Vice-President, Sales and Marketing, Mercedes Benz Malaysia; Dato’ Noraini Ahmad, Chairman of Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE); Dato’ Nancy Yeoh, President & CEO of STYLO International and co-Chairman of MFW 2016 telah turut sama memeriahkan lagi majlis yang penuh bersejarah ini.
Selain itu, turut sama diadakan ialah pertunjukan fesyen yang penuh gilang gemilang. Jutaan tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Juga tahniah diucapkan kepada pihak penganjur Malaysia Fashion Week 2016 atas usaha anda untuk memertabatkan lagi dunia fesyen tanah air. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Maklumat lanjut layari www.malaysiafashionweek.my atau boleh ikuti Malaysia Fashion Week di Facebook/Instagram/Twitter/Youtube.