Malaysia Diramal Akan Menakluk Dunia Pada Tahun 2135 Menurut WorldWarBot

Trending

Malaysia Diramal Akan Menakluk Dunia Pada Tahun 2135 Menurut WorldWarBot

Sebuah portal WorldWarBot telah meramalkan bahawa Malaysia akan menakluk dunia menjelang tahun 2135 M setelah memenangi beberapa siri peperangan. Ramalan tersebut telah dikemaskini di laman Facebook mereka, dengan mendakwa Malaysia memperoleh kemenangan mengalahkan Argentina sepenuhnya yang telah ditakluk oleh Suriname pada masa itu.

“April 2135, Malaysia menguasai wilayah Argentina yang sebelumnya diduduki Suriname. Suriname kalah sepenuhnya. Malaysia menguasai dunia.”

Advertisement

Untuk pengetahuan, Suriname adalah sebuah negara kecil yang berada di Amerika Selatan dan merupakan negara bekas jajahan Belanda. Sama seperti Malaysia, Suriname juga mempunyai penduduk pelbagai bangsa yang kini memiliki populasi penduduk sekitar 570,000 orang.

Troll ini telah berjaya mendapat perhatian ramai yang memandang serius berkenaan perkara itu. Malah ada juga yang mengucapkan ‘tahniah’ kepada Malaysia atas kemenangan tersebut.

Ucapan tahniah

Advertisement

Riaksi netizen

Riaksi netizen

Yang pastinya ini hanyalah hiburan semata-mata memandangkan portal World War Bot adalah laman yang bertanggungjawab ‘meramal’ perang pada masa akan datang. Ia juga digerakkan secara automatik oleh bot yang menghasilkan catatan secara rawak.

Jom Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...