“Malaysia Dijangka Akan Lebih Panas & Kering Hingga Mac” – MetMalaysia

Berita

“Malaysia Dijangka Akan Lebih Panas & Kering Hingga Mac” – MetMalaysia

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan cuaca di Malaysia akan menjadi lebih panas dan kering susulan memasuki fasa terakhir Monsun Timur Laut yang bakal berakhir pada hujung Mac.

Malaysia akan lebih panas dan kering

Memetik laporan Buletin TV3, Ketua Pengarah MetMalaysia iaitu Mohd Hisham Mohd Arip berkata kawasan di Kelantan, Perak dan Pahang terutamanya dijangka mengalami litupan awan dan taburan hujan berkurangan.

Advertisement

Ketiadaan hujan dalam tempoh panjang boleh menyebabkan suhu meningkat melebihi 35°C pada waktu siang. Bacaan tertinggi setakat ini dicatat di FELDA Teloi Kanan, Baling, Kedah dengan suhu 36.1°C pada 11 Februari lalu.

malaysia panas

Katanya lagi, fenomena ini berulang pada setiap tahun bermula bermula bulan Februari hingga Mei tetapi tahun ini dijangkakan tidak seteruk jika hendak dibandingkan dengan tahun 2024.

Barangkali alami gelombang haba dan jerebu

Dalam pada itu, MetMalaysia turut memberi amaran bahawa ada kebarangkalian Malaysia alami gelombang haba dan jerebu dalam tempoh tersebut.

malaysia panas

Kami menyarankan orang ramai mengehadkan aktiviti luar dan sentiasa peka terhadap keadaan cuaca bagi mengelakkan risiko kesihatan akibat cuaca panas.

2 months ago

Gelombang Kedua Banjir Diramal Bermula Hari Ini, Pahang & Johor Dijangka Terjejas

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Buletin TV3

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...