“Malaysia Dan Singapura Tidak Pernah Berterima Kasih Udara Bagus Dari Indonesia, Jadi Tiada Permohonan Maaf Untuk Jerebu”

Trending

“Malaysia Dan Singapura Tidak Pernah Berterima Kasih Udara Bagus Dari Indonesia, Jadi Tiada Permohonan Maaf Untuk Jerebu”

Jerebu yang kini sedang melanda Malaysia dan Singapura ialah disebabkan pembakaran hutan di Kalimantan, Indonesia. Hal ini  diakui oleh Timbalan Presiden Indonesia, Jusuf Kalla.

Setiap kali berlaku peristiwa kebakaran yang seterusnya menyebabkan jerebu, Malaysia dan Singapura melancarkan protes menuntut Indonesia meminta maaf kerana menyusahkan negara tetangga.

Advertisement

Namun, beliau menambah, seharusnya Malaysia dan Singapura juga  berterima kasih kepada Indonesia yang juga telah memberikan udara yang bagus kerana masih memiliki hutan yang lebat.

Apa minta maaf, 11 bulan dapat udara bagus dari Indonesia, dia tidak pernah terima kasih, satu bulan kena asap dia marah-marah. Kerana mereka tidak pernah berterima kasih, maka kita tidak akan minta maaf juga. Baru mereka sedar, minta maaf harus dengan kerjasama.

Jusuf juga juga mengaku pernah mendengar rungutan mengenai hal yang sama ketika pergi ke Tokyo, Jepun sekitar tujuh tahun lalu. Bahkan Indonesia diminta untuk memperbaiki keadaan hutannya.

“Saya katakan, apa awak cakap ni? Siapa yang rosakkan hutan Indonesia? Awaklah yang rosakkan hutan kami. Tahun 1960-an, kita belum tahu tentang buldozer, awak yang bawa. Mula-mula Amerika bawa buldozer bayar sedikit, 5 juta per kubik untuk gondolkan hutan kami, rosaklah hutan.

Dari hutan itu lah terhasilnya kerusi-kerusi dan tingkap-tingkap kayu di negara awak. Itu semua dari hutan kami, jadi sekarang awak kena bayar harganya.

Sumber: Liputan 6

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...