“Malaysia Dah Ada Hero Marvel!”, Eksklusif Untuk Permainan ‘Marvel Future Fight’

Trending

“Malaysia Dah Ada Hero Marvel!”, Eksklusif Untuk Permainan ‘Marvel Future Fight’

Akhirnya, Malaysia sudah ada hero Marvel kita yang tersendiri! Bukan sahaja superhero Malaysia malah superhero untuk Thailand, Vietnam dan Taiwan juga diperkenalkan oleh Marvel dengan nama Warriors of The Sky. Sebelum ini superhero Wave dan Komodo dari Filipina dan Indonesia telah lama diperkenalkan untuk permainan ‘Marvel Future Fight’.

Kesemua watak terbaru ini diperkenalkan semalam di Bangkok, Thailand oleh Senior Producer Marvel Games iaitu Danny Koo. Marvel juga merancang untuk memperkenalkan lebih banyak watak yang mewakili negara mereka tersendiri.

Advertisement

Sun Bird (Malaysia)

sun bird
Setiap pasukan memerlukan seorang ‘healer’ jadi tugas itu disandang oleh watak Malaysia ini. Bukan sahaja itu, Sun Bird dikenali sebagai lanun dari tahun 1600 dan mempunyai sepasang keris sakti.

Watak ini bukan sahaja mampu menyembuhkan pasukannya tetapi juga membuat serangan pada musuh dengan keris miliknya itu.

War Tiger (Thailand)

war tiger
Diterbangkan jauh dari Thailand ataupun arah barat, War Tiger digeruni dengan pengalamannya bertarung dan juga kerana senjata misterinya iaitu Tiger’s Fang.

Blue Dragon (Vietnam)

blue dragon
Dari arah timur, Blue Dragon watak yang mewakili Vietnam. Merupakan keturunan kepada keluarga mulia di Vietnam, Blue Dragon adalah ketua kepada Warriors of The Sky.

Shadow Shell (Taiwan)

marvel
Merupakan ahli strategi dalam pasukan, Shadow Shell mempunyai kelebihan untuk menimbulkan perisai tenaga Ba Gua.

Menurut Danny, keempat-empat watak ini datang dari empat sudut dari Asia Tenggara iaitu timur, barat, utara dan selatan. Watak ini juga direka berdasarkan kisah mitos dari Asia Tenggara.

Watak Warriors of The Sky juga berkemungkinan untuk muncul di dalam platform Marvel yang lain seperti komik, siri televisyen malahan filem juga.

Kalau anda ingin saksikan watak superhero Malaysia iaitu Sun Bird beraksi, jangan lupa muat turun permainan Marvel Future Fight di Apple App Store atau Google Play Store.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...