Akhirnya, Malaysia sudah ada hero Marvel kita yang tersendiri! Bukan sahaja superhero Malaysia malah superhero untuk Thailand, Vietnam dan Taiwan juga diperkenalkan oleh Marvel dengan nama Warriors of The Sky. Sebelum ini superhero Wave dan Komodo dari Filipina dan Indonesia telah lama diperkenalkan untuk permainan ‘Marvel Future Fight’.
Kesemua watak terbaru ini diperkenalkan semalam di Bangkok, Thailand oleh Senior Producer Marvel Games iaitu Danny Koo. Marvel juga merancang untuk memperkenalkan lebih banyak watak yang mewakili negara mereka tersendiri.
Sun Bird (Malaysia)

Watak ini bukan sahaja mampu menyembuhkan pasukannya tetapi juga membuat serangan pada musuh dengan keris miliknya itu.
War Tiger (Thailand)

Blue Dragon (Vietnam)

Shadow Shell (Taiwan)

Menurut Danny, keempat-empat watak ini datang dari empat sudut dari Asia Tenggara iaitu timur, barat, utara dan selatan. Watak ini juga direka berdasarkan kisah mitos dari Asia Tenggara.
Watak Warriors of The Sky juga berkemungkinan untuk muncul di dalam platform Marvel yang lain seperti komik, siri televisyen malahan filem juga.
Kalau anda ingin saksikan watak superhero Malaysia iaitu Sun Bird beraksi, jangan lupa muat turun permainan Marvel Future Fight di Apple App Store atau Google Play Store.