“Malaysia Bangga Dengan Kau!” – Terbukti Azeem Fahmi Lakukan ‘False Start’, Netizen Tetap ‘Support’

Berita

“Malaysia Bangga Dengan Kau!” –  Terbukti Azeem Fahmi Lakukan ‘False Start’, Netizen Tetap ‘Support’

Ketika ini, satu Malaysia sedang bersimpati terhadap pelari negara iaitu Azeem Fahmi apabila penyertaannya di dalam saringan kedua acara 100 meter telah dibatalkan.

Lihat dari video yang dimuat naik di platform Astro Arena, jelas kelihatan wajah Azeem yang sangat kecewa apabila diarahkan oleh pegawai sukan untuk masuk kembali ke dalam bilik persalinannya.

Advertisement

Difahamkan, atlet muda yang berusia 18 tahun itu telah dilarang untuk meneruskan cabaran apabila didapati waktu reaksinya awal 0.058 saat sebelum pistol pelepasan dibunyikan serta kakinya tidak jejak pada blok permulaan ketika tembakan pistol dilepaskan.

Biarpun sudah disahkan kesalahan sememangnya terjadi ketika itu, tanda pagar #JusticeForAzeem masih menjadi trending kerana masyarakat Malaysia menunjukkan sokongan mereka terhadap pelari tersebut.

Kesalahan tersebut telah disahkan sendiri oleh Ketua Jurulatih Olahraga, Mohd. Manshahar Abdul Jalil bawah Azeem melakukan ‘false start’ di Stadium Nasional My Dinh dan ia sekaligus menyebabkan impian Malaysia untuk meraih emas hatrik tidak tercapai.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

DUKE AERIL ZAFREL
2 years ago

“Tak Ada Simpati” - Dedah Sakit Kulit DUKE Hanya Lakonan, Aeril Zafrel Dikecam Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...