Malaysia Bakal Keluarkan Pasport Tempoh Sah Laku 10 Tahun – Kementerian Dalam Negeri

Berita

Malaysia Bakal Keluarkan Pasport Tempoh Sah Laku 10 Tahun – Kementerian Dalam Negeri

Selepas kajian dijalankan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkata Malaysia sudah bersedia untuk mengeluarkan pasport tempoh sah laku 10 tahun, kata Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Bagaimanapun, tarikh pelaksanaannya akan diumumkan kelak apabila tiba masa ia dilaksanakan pada masa akan datang.

Advertisement

datuk seri saifuddin nasution

Katanya, pelaksanaan itu bukanlah satu perkara baru memandangkan negara jiran seperti Singapura, Indonesia, Filipina dan Thailand sudah mengeluarkan pasport bagi tempoh sah laku 10 tahun.

Begitu juga negara di dunia seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Itali dan Perancis yang sudah lama melaksanakan perkara itu.

Apakah kita sudah bersedia, ya…setelah kajian sempurna kita membuat ketetapan bahawa kita ke arah itu (pasport 10 tahun). Bagaimanapun, perkara ini adalah pilihan buat rakyat sama ada pasport sah laku untuk 5 atau 10 tahun.

pasport malaysia

Dalam pada itu, Saifuddin turut berkata pemegang pasport negara ini boleh mendapat pengecualian visa hampir di 183 buah negara. Perkara itu meletakkan Malaysia di tempat ke-12 dalam ranking dunia berdasarkan data pada 2024 oleh Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa.

jalan raya di malaysia antara terbaik dunia
6 months ago

Kajian: Kualiti Jalan Raya Di Malaysia Diperakui Antara Yang Terbaik Di Dunia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : FMT

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...