Malaysia Bakal Bina Kilang Vaksin Halal, Tiada Alasan Lagi Ibu Bapa Enggan Benar Anak Disuntik Vaksin

Trending

Malaysia Bakal Bina Kilang Vaksin Halal, Tiada Alasan Lagi Ibu Bapa Enggan Benar Anak Disuntik Vaksin

Isu ibu bapa enggan memberikan suntikan vaksin kepada anak-anak ataupun dipanggil anti vaksin semakin membimbangkan.

vaksin

Advertisement

Antara alasan yang digunakan ialah mempersoalkan status halal vaksin. Kedegilan mereka menyebabkan anak-anak menjadi mangsa apabila berisiko terdedah dengan pelbagai penyakit berbahaya seterusnya membawa maut.

Terbaharu, seorang kanak-kanak berusia dua tahun di Johor yang disahkan tidak pernah menerima suntikan vaksin difteria meninggal dunia minggu lalu akibat penyakit difteria dan campak.

Lima lagi kanak-kanak yang dilaporkan pernah berada dan berhubung terus dengan mangsa juga disahkan positif penyakit tersebut.

Justeru, kerajaan mengambil langkah ke depan dengan cadangan pembinaan kilang vaksin halal pertama di negara ini untuk meyakinkan ibu bapa.

Kilang tersebut bakal dibina di Negeri Sembilan tidak lama lagi bagi menjadikan Malaysia sebagai antara negara pengeluar vaksin utama dunia.

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh, walaupun pembinaan kilang itu akan mengambil masa untuk disiapkan, ia adalah langkah terbaik boleh dilakukan kerajaan untuk meningkatkan keyakinan ibu bapa terhadap vaksin yang dikeluarkan serta diberikan kepada anak-anak mereka.

“Kita harap selepas ini tidak timbul lagi isu ibu bapa yang enggan membenarkan anak mereka disuntik dengan vaksin kerana vaksin dihasilkan di kilang berkenaan adalah halal dan berkualiti,” katanya.

vaksin

Kelmarin, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memaklumkan pihaknya akan terbabit secara langsung dalam menentukan dan memutuskan fatwa berkaitan suntikan vaksin dan imunisasi bagi kanak-kanak yang menjadi isu hangat di kalangan ibu bapa.

Sementara itu, Fuziah berkata persoalan mengenai status halal vaksin yang digunakan ketika ini tidak sepatutnya berlaku kerana setiap vaksin yang dihasilkan ketika ini sudah melalui kajian teliti oleh pakar perubatan berkelayakan.

Sumber Berita: Berita Harian Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...