Malaysia Antara Penyumbang Terbesar Kepada Sisa Sampah Di Laut – Bloomberg

Kehidupan

Malaysia Antara Penyumbang Terbesar Kepada Sisa Sampah Di Laut – Bloomberg

Malaysia tersenarai antara lapan negara yang menyumbang kepada pembuangan sisa sampah ke dalam laut mengikut apa yang dilaporkan Bloomberg. Selain daripada Malaysia, yang turut berada dalam senarai ialah China, Indonesia, Filipina, Vietnam, Sri Lanka, Thailand dan Egypt.

Advertisement

Tetapi ramai yang tidak bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan ini. Seperti yang kita semua tahu sebelum ini, negara-negara Asia menjadi tempat pembuangan sampah kepada negara besar seperti United States (US), United Kingdom, Australia dan Kanada.

Namun sekarang tidak lagi kerana negara-negara Asia telah mengambil keputusan untuk memulangkan semula sampah-sampah itu ke negara asal dan tidak lagi menerimanya. Kenyataan itu dikeluarkan oleh Adam Minter, yang sudah lama menulis mengenai industri kitar semula global selama dua dekad.

Adam memberitahu lapan negara Asia ini bertanggungjawab untuk 63% sisa plastik yang dibuang di laut. 

via GIPHY

Majoriti sampah yang dibuang itu adalah dari pengguna di Asia sendiri yang kurang mendapat akses untuk mengumpulkan sampah di tempat pembuangan yang betul atau menggunakan proses incineration (proses pembakaran sampah).

Advertisement

Urbanisasi dan kenaikan pendapatan dilihat sebagai dua fenomena yang menyumbang kepada peningkatan jumlah sampah. Mereka yang datang dari luar bandar biasanya membeli barangan yang tidak dibungkus plastik, contohnya makanan.

Tetapi selepas tiba di bandar, barangan yang dijual di pasar raya atau gedung membeli belah dijual dengan bungkusan plastik, kotak dan pelbagai bungkusan yang tidak perlu. Ini kerana semakin tinggi pendapatan semakin banyak barang belian.

Antara solusi yang dicadangkan ialah memperbaiki kaedah pengumpulan sampah.

Dengan memperbaiki kadar kutipan sampah kepada 80 peratus dalam hanya lima negara Asia (China, Indonesia, Filipina, Thailand dan Vietnam) dapat mengurangkan sisa buangan plastik di laut dalam 23 peratus untuk sedekad.

via GIPHY

Macam-macam sebenarnya inisiatif yang dilakukan untuk mengurangkan penggunaan plastik dilakukan. Terpulang pada individu sendiri untuk melakukannya atau tidak.

Sumber: Bloomberg

Artikel berkaitan: Sistem Kitar Semula Sampah Di Jepun

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...