Malaysia tersenarai antara lapan negara yang menyumbang kepada pembuangan sisa sampah ke dalam laut mengikut apa yang dilaporkan Bloomberg. Selain daripada Malaysia, yang turut berada dalam senarai ialah China, Indonesia, Filipina, Vietnam, Sri Lanka, Thailand dan Egypt.
These eight countries are responsible for 63.6% of ocean trash:
China
Indonesia
Philippines
Vietnam
Sri Lanka
Thailand
Egypt
MalaysiaHere’s how we can help them https://t.co/ytKmi4WSIn via @bopinion
— Bloomberg (@business) July 14, 2019
Tetapi ramai yang tidak bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan ini. Seperti yang kita semua tahu sebelum ini, negara-negara Asia menjadi tempat pembuangan sampah kepada negara besar seperti United States (US), United Kingdom, Australia dan Kanada.
Namun sekarang tidak lagi kerana negara-negara Asia telah mengambil keputusan untuk memulangkan semula sampah-sampah itu ke negara asal dan tidak lagi menerimanya. Kenyataan itu dikeluarkan oleh Adam Minter, yang sudah lama menulis mengenai industri kitar semula global selama dua dekad.
Adam memberitahu lapan negara Asia ini bertanggungjawab untuk 63% sisa plastik yang dibuang di laut.
Majoriti sampah yang dibuang itu adalah dari pengguna di Asia sendiri yang kurang mendapat akses untuk mengumpulkan sampah di tempat pembuangan yang betul atau menggunakan proses incineration (proses pembakaran sampah).
Urbanisasi dan kenaikan pendapatan dilihat sebagai dua fenomena yang menyumbang kepada peningkatan jumlah sampah. Mereka yang datang dari luar bandar biasanya membeli barangan yang tidak dibungkus plastik, contohnya makanan.
Tetapi selepas tiba di bandar, barangan yang dijual di pasar raya atau gedung membeli belah dijual dengan bungkusan plastik, kotak dan pelbagai bungkusan yang tidak perlu. Ini kerana semakin tinggi pendapatan semakin banyak barang belian.
Dengan memperbaiki kadar kutipan sampah kepada 80 peratus dalam hanya lima negara Asia (China, Indonesia, Filipina, Thailand dan Vietnam) dapat mengurangkan sisa buangan plastik di laut dalam 23 peratus untuk sedekad.
Macam-macam sebenarnya inisiatif yang dilakukan untuk mengurangkan penggunaan plastik dilakukan. Terpulang pada individu sendiri untuk melakukannya atau tidak.
Sumber: Bloomberg
Artikel berkaitan: Sistem Kitar Semula Sampah Di Jepun