Malaysia Antara Negara Yang Mempunyai Kadar Kesembuhan COVID-19 Tertinggi Di Dunia

COVID-19

Malaysia Antara Negara Yang Mempunyai Kadar Kesembuhan COVID-19 Tertinggi Di Dunia

Walaupun Fasa 1 dan Fasa 2 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membuahkan hasil yang memberangsangkan, namun Fasa 3 ini adalah penting bagi mengekang penularan COVID-19 dengan lebih drastik.

Daripada usaha jitu yang dikerah oleh para petugas barisan hadapan serta kerjasama yang padu daripada rakyat Malaysia, negara ini menunjukkan keputusan yang positif dalam usaha menangani pandemik berbahaya ini.

Advertisement

Dek kerana inisiatif yang pantas daripada kakitangan perubatan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sendiri, Malaysia dinobatkan sebagai antara negara yang telah mencatatkan kadar kesembuhan tinggi iaitu sebanyak 45%, satu peratusan yang baik kerana purata kadar kesembuhan dunia ialah 22.7%. Negara lain yang meraih jumlah kes sembuh yang paling banyak ialah China (94%) dan Korea Selatan (69%).

Tidak dinafikan bahawa bilangan kes positif COVID-19 yang disahkan di negara ini semakin meningkat dari hari ke hari, namun angka pesakit yang sembuh dan boleh discaj juga sama bertambah. Dengan 2,276 jumlah pesakit yang sembuh, ia merupakan satu nombor yang baik jikalau nak dibandingkan dengan bilangan kes daripada negara lain.

covid-19 di malaysia

Malahan, kadar kematian akibat virus ini yang dicatat oleh Malaysia adalah antara yang terendah di dunia dengan 1.6% bersamaan dengan 76 pesakit yang gagal diselamatkan.

Kalau anda nak tahu, kadar peratusan kematian di dunia yang dilaporkan kini ialah 6.1%, justeru negara ini mempunyai kes korban yang paling sedikit bagi kawasan Asia Tenggara. Dalam berita lain, kadar kematian di Indonesia ialah 8.5% manakala Filipina ialah 5.6%.

Sama-sama kita bekerjasama untuk membanteras COVID-19 sehingga ke akar umbinya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...