“Malaysia Akan Terus Dibanjiri..” – Lebih 100,000 Pelarian Rohingya Menuju Masuk Ke Malaysia Disember Ini

Berita

“Malaysia Akan Terus Dibanjiri..” – Lebih 100,000 Pelarian Rohingya Menuju Masuk Ke Malaysia Disember Ini

Melalui laporan Utusan Malaysia, negara kita berkemungkinan besar akan melalui gelombang pelarian warga Rohingya yang besar tidak lama lagi, di mana lebih 100,000 etnik Rohingya dijangkakan bakal meninggalkan Rakhine dan menuju masuk ke Malaysia.

Tentera Myanmar hebatkan operasi tentera, tentera Arakan berpaling tadah

Difahamkan, hal ini berlaku susulan krisis tentera Myanmar memperhebatkan lagi operasi ketenteraan di kawasan berkenaan dan pada masa yang sama, pasukan tentera Arakan (AA) yang sebelum ini membela etnik Rohingya juga sudah berpaling tadah serta menjadi ancama terbesar.

Advertisement

warga rohingya

Menurut Presiden Organisasi Rohingya Burma UK (BROUK), Tun Khin, negara Malaysia yang bakal mengetahui ASEAN tahun hadapan perlu bersikap lebih tegas dengan menekan tentera Myanmar dan Arakan untuk menghentikan kekejaman yang dilakukan oleh mereka.

Kata Tun Khin, tentera Arakan yang pada mulanya mahu mengadakan revolusi kini menindas etnik Rohingya hingga memaksa mereka untuk melarikan diri dan hal ini bukan saja membahayakan Rohingya tapi mencetus peluang buat sindiket penyeludupan manusia.

Malaysia boleh bantu komuniti Rohingya

Jika terus berdiam diri, Malaysia akan terus dibanjiri pelarian Rohingya dan perkara itu akan mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat di negara ini, selain menjejaskan hubungan diplomasi Malaysia-Myanmar.

warga rohingya

Kekejaman yang dihadapi oleh etnik Rohigya ini turut meraih perhatian pengasas bersama Gabungan Rohingya Bebas (FRE) iaitu Nay San Lwin, di mana dia mengatakan tentera Arakan kini semakin bertindak agresif seperti melakukan pembunuhan kejam secara beramai-ramai libatkan kanak-kanak, wanita serta orang tua.

Saya yakin, Malaysia menerusi kerjasama aktivis tempatan boleh membantu komuniti Rohingya dan menekan pihak-pihak berkaitan.

5 months ago

Sanggup Buat Laporan Polis Konon Disamun Dua Lelaki Rohingya, Rupanya Takut Isteri Marah Habiskan Duit Gaji

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...