“Malaysia Akan Menerima Akibat…” – Konsulat Kedutaan Korea Utara

Trending

“Malaysia Akan Menerima Akibat…” – Konsulat Kedutaan Korea Utara

Semua pegawai dan kakitangan Kedutaan Korea Utara telah mengosongkan bangunan kedutaan di ibu negara sekitar jam 10.55 pagi.

Kesemua mereka menaiki sebuah bas keluar dari perkarangan bangunan kedutaan manakala Konsulat Kedutaan Korea Utara, Kim Yu Song dilihat menaiki kenderaan berwarna putih.

Advertisement

Menurut kenyataan media, sebelum Kim Yu Song bergerak ke KLIA, beliau sempat berkata Malaysia akan menerima akibat daripada tindakan yang dilakukannya.

Kim Yu Song

“Kejadian ini adalah hasil nyata dari konspirasi anti Korea Utara yang dibuat daripada dasar keji oleh Amerika Syarikat”

Tambahnya, insiden yang terjadi telah menjejaskan kedaulatan negaranya.

Kedutaan Korea Utara

Dalam masa yang sama, media masih cuba mendapatkan waktu penerbangan dan jumlah tepat pegawai, kakitangan dan ahli keluarga Kedutaan Korea Utara yang bakal pulang ke negara mereka.

SUMBER

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...