Malaysia Akan Memasuki Fasa Normalisasi Selepas 31 Ogos 2020 Sehingga Vaksin COVID-19 Ditemui

COVID-19

Malaysia Akan Memasuki Fasa Normalisasi Selepas 31 Ogos 2020 Sehingga Vaksin COVID-19 Ditemui

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Perutusan Khas yang diadakan sebentar tadi menyatakan, penularan wabak COVID-19 akan kekal terkawal dan negara akan memasuki fasa normalisasi selepas 31 Ogos 2020, sehinggalah vaksin untuk virus COVID-19 ditemui.

Muhyiddin menggesa orang ramai agar terus berdisiplin dalam mematuhi langkah keselamatan agar wabak COVID-19 kekal terkawal.

Advertisement

“Saya harap kita semua sentiasa berdisiplin dan istiqomah supaya peningkatan kes COVID 19 dapat kita elakkan.”

Dia turut menegaskan, kerajaan tidak akan teragak-agak untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pada kawasan yang kes baharu positif COVID-19 naik secara mendadak.

“Apa yang penting ialah kita semua mestilah bersedia untuk membudayakan kebiasaan baharu dalam kehidupan kita. Ya, adakalanya kita merasakan sedikit sukar untuk mengamalkannya, tetapi percayalah setiap kesukaran itu akan disusuli dengan kesenangan.”

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...