Musim sejuk yang dijangka melanda malaysia hujung bulan ini adalah disebabkan pertembungan suhu ketara antara tanah tinggi Siberia-Mongolia dan Laut China Selatan.
Pensyarah Kanan Geokimia Marin dan Kajian Paleo-Iklim, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr Hasrizal Shaari, berkata negara dijangka berdepan dengan cuaca musim sejuk seperti yang berlaku tahun lalu akibat tekanan atmosfera di kedua-dua lokasi terbabit.
Sumber: Berita Harian