Malaysia Airlines Tawar Tambang Diskaun 2020 Untuk Kelas Ekonomi & Perniagaan

Trending

Malaysia Airlines Tawar Tambang Diskaun 2020 Untuk Kelas Ekonomi & Perniagaan

Jualan tahun baharu Malaysia Airlines telah pun bermula, dengan tawaran istimewa iaitu diskaun tambang sehingga 35 peratus bagi Kelas Ekonomi dan Perniagaan. Tawaran ini akan berlangsung sehingga 20 Januari 2020 untuk perjalanan sehingga 31 Disember 2020.

Tambang kelas ekonomi ke Pulau Pinang, Langkawi dan Johor Bahru masing-masing bermula dari RM89, Kuching dari RM129, Kota Kinabalu dari RM179, Phuket dari RM219, Jakarta dari RM229 dan Bangkok dari RM259.

Advertisement

 

Ini merupakan peluang serta tawaran meanrik buat mereka yang ingin meneroka pelbagai budaya dan tempat baharu. Boleh  mengunjungi destinasi di India, China, Korea dan Australia, dengan kelas ekonomi dua hala ke Chennai dari harga RM899, Kochi dari RM699, Shanghai dari RM1,199, Seoul dari RM1,399, Brisbane dari RM1,599, London dari RM2,899 dan Auckland dari RM2,999.

malaysia airlines diskaun 2020

Selain daripada itu juga, Malaysia Airlines akan menawarkan tawaran nilai ‘bundle’ hebat kepada pelanggan iaitu dengan diskaun 20 peratus. Menerusi nilai ‘bundle ini’, penumpang layak mendapat tambahan 10kg bagasi dengan kerusi standard.

Untuk pakej premium pula, penumpang layak mengakses KLIA Golden Lounge selain tempat duduk dengan ruang kaki tambahan.

Menrutu Ketua Pegawai Pemasaran dan Pengalaman Pelanggan Kumpulan Malaysia Airlines, Lau Yin May. Tawaran itu adalah salah satu langkah untuk menarik pelancong melawat Malaysia. Menikmati layanan kelas pertama serta budaya unik selain menerokai keindahan Malaysia daripada setiap sudut.

Sumber Berita : Astro Awani

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...