Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia baru sahaja mengumumkan garis panduan terkini mengenai cara mengisi nama semasa membuat tempahan penerbangan. Ini sebenarnya amat penting untuk mengelakkan sebarang masalah di lapangan terbang nanti!
Sistem yang dikemas kini ini memberikan manfaat besar terutama buat penumpang dari Asia Tenggara yang namanya tidak mengikut konvensyen penamaan Barat, menjadikan proses tempahan lebih mudah dan mengurangkan kemungkinan masalah semasa daftar masuk.
Perubahan penting nntuk nama dalam pasport Malaysia
Perubahan terbesar adalah untuk mereka yang mempunyai nama Kristian (nama ala-Barat) pada pasport Malaysia.
Sebagai contoh, jika nama dalam pasport anda adalah “Vincent Tan Ming Ban,” sistem baru ini akan mengendalikannya dengan cara yang berbeza daripada sebelumnya.
Berita baiknya, korang tak perlu risau jika sudah membuat tempahan dengan Malaysia Airlines kerana pihak penerbangan telah mengesahkan bahawa tempahan yang sudah ada tidak akan terjejas dengan garis panduan baru ini.
Perkara yang perlu diperhatikan untuk tempahan baru
Luangkan sedikit masa untuk memeriksa pasport dan pastikan nama yang dimasukkan sama seperti dalam format pihak penerbangan telah sediakan, di mana ia akan menjimatkan banyak masa dan mengelakkan tekanan di kaunter daftar masuk nanti.
Garis panduan baru ini sebenarnya memberikan penjelasan yang lebih jelas, terutamanya untuk nama-nama Asia Tenggara yang tidak mengikut format nama pertama/nama keluarga ala-Barat.
Jadi, jangan lupa untuk pastikan nama korang betul semasamengisi tempahan penerbangan akan datang