Malaysia Airline Jelaskan Isu Kadar Bayaran Tambahan Untuk Bagasi

Travel

Malaysia Airline Jelaskan Isu Kadar Bayaran Tambahan Untuk Bagasi

Malaysia Airlines (MAS) pada Selasa menjelaskan bahawa senarai kadar tambahan bagi bayaran bagasi oleh syarikat penerbangan itu yang tular dalam media sosial adalah tidak betul.


MAS dalam satu kenyataan berkata bahawa kadar bagasi tambahan (pra bayar) masih berlandaskan kepada tanda aras industri dan berdaya saing dengan apa yang ditawarkan oleh syarikat penerbangan lain.

Advertisement

Terdapat dua jenis kadar bagasi, satu untuk bagasi tambahan (pra bayar) dan satu lagi untuk bagasi berlebihan. Bagi bagasi berlebihan yang dibayar semasa daftar masuk di lapangan terbang, kadarnya tetap sama.

 

Kadar untuk bagasi tambahan (prabayar) adalah dinamik bergantung kepada sektor, promosi, permintaan dan sebagainya. Penumpang bagaimanapun dapat mengetahui kadar tersebut semasa membuat tempahan melalui “my booking” atau semasa aliran tempahan,” kata MAS dalam satu kenyataan kepada Bernama.

 

Pada masa ini, senarai caj untuk tambahan bayaran bagasi untuk Ekonomi Lite untuk MAS tanpa sebarang elaun bagasi telah tular menerusi media sosial.

Kenyataan itu menasihatkan penumpang untuk klik pada laman rasmi mereka ,untuk melihat struktur harga yang sah.

Bermula 8 April 2019, penumpang yang melakukan  perjalanan di Malaysia dalam kelas ekonomi MAS dapat memilih kombinasi tambang dan perkhidmatan yang terikat.

Ia meliputi beberapa keistimewaan termasuk elaun bagasi serta pilihan lain, yang membolehkan penumpang membayar apa yang mereka perlukan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...