Malaysia Airline Dinobatkan Sebagai Syarikat Penerbangan Terbaik Asia

Trending

Malaysia Airline Dinobatkan Sebagai Syarikat Penerbangan Terbaik Asia

Syarikat penerbangan kebangsaan Malaysia kini meraih anugerah Syarikat Penerbangan Terbaik Asia bersempena Anugerah Persatuan Penulis Perjalanan Pacifik (Patwa) yang di adakan di ITB Berlin.

Pihak Malaysia Airlines berbangga menerima anugerah berkenaan dan mendedikasikannya kepada kakitangan Malaysia Airlines yang memberi fokus kepada penyampaian pengalaman perjalanan bertaraf dunia kepada penumpang.

Advertisement

Ini adalah bukti komitmen kami dalam  memberikan pengalaman hebat di udara dan di darat kepada penumpang.

Sebagai tanda berterima kasih kepada pelanggan setia, Malaysia Airlines akan menawarkan 25 peratus potongan tambang ke destinasi terpilih termasuk Hong Kong dan Sydney.

Tawaran tersebut sah sehingga tengah malam 12 Mac 2019 untuk perjalanan sekarang dan 31 Mei 2019.

Pelanggan boleh menempah tiket mereka di mana-mana agensi pelancongan yang mengambil bahagian atau terus melalui laman web Malaysia Airlines sendiri.

 

Sumber: NST

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...