Inisiatif #GengSubuhMacamJumaat semakin hari semakin ramai yang mengikutinya, bahkan kempen murni ini kini menjadi ikutan di negara Singapura.
Kempen yang dianjurkan oleh syarikat Al Fajr diadakan buat julung kalinya di Masjid Mujahidin dan dapat dilihat penyanyi, Taufik Batisah turut hadir sekali.
Laungan azan Taufik dikagumi ramai
Dapat dilihat dalam video yang dimuat naik oleh penyanyi tersebut, kelihatan dirinya melaungkan azan Subuh di masjid terbabit.
Perkongsiaan tersebut telah raih perhatian ramai susulan suara merdu Taufik melaungkan azan serta kerana mendapat sambutan hangat oleh warganegara Singapura.
View this post on Instagram
Alif Satar tumpang gembira, netizen teruja
Meninjau di ruangan komen hantaran terbabit, rata-rata netizen meluahkan rasa syukur kerana kempen mulia ini semakin ‘membesar’.
Malah, pencetus pertama #GengSubuhMacamJumaat iaitu pelakon, Alif Satar turut meninggalkan komen berharap satu hari dirinya turut dapat bersama-sama dengan warga Singapura untuk solat subuh sekali.
Sekadar info, inisiatif Alif Satar membuat #GengSubuhMacamJumaat telah mendapat sambutan yang sangat hebat, di mana kira-kira seramai 3000 jemaat yang hadir ke masjid untuk solat bersama di awal pagi.