Entah mengapa pelakon Elfira Loy nampaknya tidak mahu mengalah dan terus mempertahankan pendapatnya mengenai isu ubat peninggi sehingga terbawa-bawa dalam satu temubual menerusi program hiburan tempatan.
Seperti yang anda semua tahu, beberapa doktor sudah memberikan penjelasan mereka secara saintifik mengenai tahap tumbesaran manusia.
Menerusi temubual tersebut, Elfira merasa bengang apabila seorang doktor ( mungkin ada yang tahu doktor yang dimaksudkan adalah Dr Beni Rusani) berpendapat beliau hanya ingin “back up” rakan artis sehingga mendapat kecaman daripada netizen.
@DrBeniRusani Doc,you are on hlive???? pic.twitter.com/TP217C1YAB
— MF_souls (@MF_Souls) April 27, 2018
Mungkin sudah tidak mahu memanjangkan lagi isu ini, Dr Beni dengan rasa rendah hati memohon maaf kepada Elfira dan mana-mana pihak yang mungkin terguris dengan kenyataan beliau sebelum ini.
Tweet permohonan maaf Dr Beni turut mendapat perhatian Dr Amalina Bakri yang mempertahankan tindakan rakannya itu. Menurut Dr Amalina, sudah menjadi tanggungjawab sebagai seorang doktor untuk mendidik masyarakat tentang sesuatu perkara berkaitan ilmu perubatan berdasarkan fakta sains yang tepat. Apa gunanya seorang doktor jika masyarakat enggan menerima pendapat mereka?
Malah, apa yang dikatakan oleh Dr Beni dan Dr Amalina turut disokong oleh netizen. Rata-rata mereka menyifatkan Elfira seorang yang meninggi diri dan tidak berfikiran terbuka untuk menerima teguran daripada mereka yang lebih pakar dalam bidang perubatan.
Kalau pakar perubatan tampil memberikan penjelasan dengan fakta yang betul, kita sebagai seorang yang tidak arif dalam isu ini seharusnya menerima teguran mereka dengan baik. Tidak perlu cepat melatah ataupun masih ingin berdegil.