“Malas Nak Layan, Saya Bukan Isteri, Kakak Atau Adik Diorang” – Yuna Rahim Mohon Maaf Insiden Pakai ‘Hot Pants’

Hiburan

“Malas Nak Layan, Saya Bukan Isteri, Kakak Atau Adik Diorang” – Yuna Rahim Mohon Maaf Insiden Pakai ‘Hot Pants’

Pelakon Yuna Rahim tampil memohon maaf gara-gara insiden memakai seluar ‘hot pants’ untuk sebuah iklan itu telah menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

Yuna sebelum itu dikecam hebat gara-gara pemakaiannya yang terlalu seksi, apatah lagi ketika semua umat Islam kini sedang menyambut bulan Ramadan yang mulia.

Advertisement

Jelasnya, video tersebut diambil sebelum bulan Ramadan dan segala perancangan mengenai busana adalah di bawah keputusannya.

Saya mengenakan pantyhose. Menipulah kulit saya putih melepak macam itu. Sebelum ini pun saya ada rakam iklan menggunakan gaun cuma ramai tak perasan sebab bukan bulan Ramadan.

Berikutan itu, aktres itu tampil memohon maaf dan akan terus memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.

Yuna juga mengakui hatinya terguris apabila dikecam hebat oleh netizen sehinggakan ada yang tergamak mengkafirkan dirinya.

Tambahnya, dirinya bukan milik sesiapa dan dia mempunyai hak untuk berpakaian yang membuatkan dia berasa selesa.

Saya sebenarnya malas nak layan komen netizen sebab saya bukan isteri, kakak atau adik diorang. Dia bersuara macam saya ini milik dia orang.

@yunarahim

Aduh, Yuna kena tipu ker? Lately cuaca dekat Malaysia panas betul, tapi nasib baik ada @Raytechfilms_official . Baru la Yuna tahu rupanya kita boleh cek kualiti film tinted kita dekat situ, dan dekat situ jugak you guys jugak, boleh dapatkan nasihat-nasihat yang diperlukan untuk pastikan film tinted kereta uols semua guna kualiti film tinted yang terbaik. Jangan lambat, pergi mana-mana cawangan Raytech di serata malaysia sekarang! #raytechfilms #raytechrx #raytechrx #kingoftint #bestcartint

? original sound – Yuna Rahim – Yuna Rahim

Yang komen itu siap kafir-kafirkan saya dengan kata kesat lagi, jadi saya tutup ruang komen kerana tak nak mereka terus beri pahala pada saya.

Ujar Yuna, ramai orang memilih untuk menjadi ‘tuhan’ dan menasihatkan mereka agar mengutamakan keluarga terdekat terlebih dahulu kerana hidup ini berputar seperti roda.

yuna rahim seksi
1 year ago

"Nyumm Mantap.." - Baju Sendat & Pakai Seluar Pendek Hampir Nampak Bont*t, TikTok Yuna Rahim Dihujani Komen Nakal

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...