Malas Beratur? Jom Buat Sos Ala Sukiya ‘Super’ Sedap! Boleh Steambot Di Rumah ‘Anytime’

Kehidupan

Malas Beratur? Jom Buat Sos Ala Sukiya ‘Super’ Sedap! Boleh Steambot Di Rumah ‘Anytime’

Seolah menjadi satu fenomena apabila restoran jepun Sukiya menjadi tumpuan dan pilihan rakyat Malaysia tidak kira bangsa dan umur kerana setiap hari restoran itu sentiasa dipenuhi orang ramai sehingga terpaksa beratur untuk menunggu giliran!

Namun, anda tidak perlu risau dan bersusah payah untuk beratur lagi kerana individu ini telah berkongsi rahsia penyediaan resipi sos ala sukiya.

Advertisement
sukiyaSumber : OpenRice Malaysia  

Menurut Zainul, sos restoran Jepun itu boleh dibuat sendiri di rumah dan sesuai disajikan bersama hidangan steamboat. Jom ketahui cara untuk membuat sos sukiya!

Bahan-bahan diperlukan.

Bawang putih, daun ketumbar, daun bawang, cili padi, roasted sesame sauce, miso paste dan chilli oil.

Cara-cara penyediaan.

1. Cincang bawang putih, daun ketumbar, daun bawang, cili padi dan roasted sesame sauce.

2. Masukkan miso paste ke dalam adunan tadi. Miso paste yang halal ini anda boleh dapatkan di kedai menjual barangan jepun.

3. Kemudian, masukkan chilli oil. Siap!

Kalau nak feeling-feeling makan di restoran Sukiya, anda boleh membeli mana-mana set steamboat yang dijual di kedai atau pasaraya.

Selamat mencuba!

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

BACA: “Muka Tak Malu, Dok Nganga Apa Lagi” – Tuan Rumah Dari ‘Neraka’, Sewa Rumah Tapi Penuh Barang Niaga

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...