Malang Tidak Berbau, Datuk Jalaludin Hassan Jatuh Tangga di Set Penggambaran ‘Jalan Sesat Ke Syurga’

Hiburan

Malang Tidak Berbau, Datuk Jalaludin Hassan Jatuh Tangga di Set Penggambaran ‘Jalan Sesat Ke Syurga’

Semalam, aktres Elizad Sharifudin ada memuat naik pautan insta stories yang memaparkan sebuah kereta ambulans dengan kapsyen mengatakan Datuk Jalaludin Hassan telah jatuh tangga ketika waktu penggambaran.

Menurut Elizad, dia yang ketika itu baru sahaja sampai ke set itu terkejut apabila tiba-tiba, Datuk Jalal menjerit sekuat hati.

Advertisement

Mengsyaki keadaan laluan tangga yang gelap menjadi punca, kejadian itu dilaporkan telah berlaku di dalam rumah dan dikatakan lampu di sekitar set penggambaran itu masih belum dibuka.

“Tiba-tiba saya dan semua yang ada di luar rumah itu terdengar suara Datuk Jalal menjerit ‘Allah’ sekuat hati. Terkejut, kami berlari masuk ke dalam rumah dan lihat ibu jarinya berdarah.

Menurut Elizad lagi, pelakon veteran tersebut disyaki jatuh kerana terlepas tiga anak tangga. Namun, dia tidak mengulas lanjut tentang bagaimana ianya berlaku.

View this post on Instagram

Minuman harian saya iaitu NH joint K Herbal Tea, Dapat menyegarkan harian saya yang sibuk dengan aktiviti

A post shared by Jalaludin Hassan (@jalaludinhassan) on

 Datuk Jalal juga cuba telah dihubungi namun tidak mendapat sebarang respon.

Ketika ditanyakan keadaan sebenar Datuk Jalal, Elizad mengatakan Datuk tidak megalami sebarang kecederaan serius dan hanya diminta pulang ke rumah untuk berehat sebaik saja mendapatkan rawatan.

Semoga Datuk Jalal cepat sembuh dan boleh kembali beraksi di set penggambaran seperti biasa

Sumber : mStar Online.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...