Malam Unggul Filem Munafik & Jagat Di FFM28

Trending

Malam Unggul Filem Munafik & Jagat Di FFM28

Filem Tamil tempatan Jagat menerima anugerah Filem Terbaik Malaysia dalam Festival Filem Malaysia ke-28 (FFM28) dengan pengarahnya Shanjey Kumar Perumal memenangi anugerah Pengarah Baharu Terbaik.

Advertisement

Filem Munafik turut membawa pulang 4 trofi termasuk Filem Terbaik Nasional dan menerusi filem itu, pengarahnya Syamsul Datuk Yusuf juga berjaya merangkul Anugerah Pengarah Terbaik dan Anugerah Penyunting Terbaik manakala aktres Nabila Huda menggondol gelaran Pelakon Wanita Terbaik.

Pelakon Lelaki Terbaik dimenangi Pekin Ibrahim menerusi filem ‘Mat Moto-Kami Bukan Mat Rempit’.

Anugerah Khas Juri diberikan kepada 3 filem iaitu ‘Ola Bola’, ‘Polis Evo’ dan ‘The Kids From The Big Apple’.

Anugerah itu, yang diterajui pengacara Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad, turut menyaksikan Deddy M Borhan iaitu pengarah dan penerbit filem termasuk filem ‘Azura’, ‘Gila-gila’ dan ‘Toyol’ dinobatkan sebagai Karyawan Sepanjang Zaman.

Filem ‘Polis Evo’ turut menerima 3 anugerah termasuk Filem Box Office dengan jumlah kutipan tayangan sebanyak RM17.4 juta.

Pelakon Baharu Wanita Terbaik dan Pelakon Baharu Lelaki Terbaik pula dimenangi Falisha Crossley (Mat Moto-Kami Bukan Mat Rempit) dan Adam Shaz (Juvana 2).

Pelakon veteran Fauziah Datuk Ahmad Daud turut memenangi anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi filem ‘Langit Cinta’ manakala Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik disandang Hushairi Hussain (Polis Evo).

Penganjuran FFM kali ini mengundang kontroversi sehingga dikritik ramai dengan tindakan penganjur, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) yang mengasingkan dua lagi kategori pada tahun ini iaitu Pengarah Terbaik dan Lakon Layar Terbaik kepada bahasa Melayu dan bukan bahasa Melayu.

Pengasingan filem berdasarkan bahasa diperkenalkan sejak 2011. Tindakan ini mengundang kritikan dan menyebabkan filem pujian ramai seperti “Ola Bola” dan “Jagat” tidak dapat bersaing dengan filem berbahasa Melayu.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak kemudian campur tangan dan memutuskan penyertaan bagi Anugerah Filem Terbaik pada FFM28 dibuka kepada semua penggiat industri filem di negara ini.

Malah, kementerian itu turut mewujudkan kategori baharu Anugerah Filem Terbaik Bahasa Kebangsaan pada FFM tahun ini.

Keputusan pemenang malam perasmian FFM28

1. Pereka kostum / busana terbaik : Elaine Ng & Weng Shum – Filem Ola Bola
2. Penataan seni terbaik : Wong Jee Meng & Nick Wong – Filem Huat The Fish
3. Kesan visual khas terbaik : Yusry Abdul Halim – Filem Cicakman 3
4. Penataan bunyi terbaik : Imaginex Studios Sdn Bhd – Filem Munafik
5. Skor muzik asal terbaik : Onn San & Alex San – Ola Bola
6. Lagu tema asal terbaik : Zee Avi & Rendra Zawawi – Arena Cahaya (Zee Avi) – Filem Ola Bola
7. Filem animasi pendek terbaik : Wau Animation – Ejen Ali
8. Filem pendek terbaik : Entropy Studios Sdn Bhd – RM 10
9. Filem dokumentari terbaik : Dosfellas Sdn Bhd – Boat People
10. Anugerah penggiat belakang tabir : Mohd Noor Tagaya.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...