“Malam Itu Dia Mimpi, Dia Yakin Itu Nabi Muhammad SAW” – Kisah Adam Corrie Peluk Islam Sentuh Hati Ramai

Trending

“Malam Itu Dia Mimpi, Dia Yakin Itu Nabi Muhammad SAW” – Kisah Adam Corrie Peluk Islam Sentuh Hati Ramai

Penceramah bebas, Syamsul Debat baru-baru ini berkongsi tentang kisah penghijrahan pelakon Adam Corrie suatu ketika dahulu ketika aktor tersebut  mengambil keputusan untuk memeluk Islam.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, Syamsul berkata bahawa Adam Corrie telah mendapat petunjuk melalui mimpi dan telah membuka hatinya untuk berhijrah menganut agama Islam.

Advertisement

Ketika itu dia berkata, ‘kalaulah Islam itu benar, tunjukkan aku Muhammad.’

Entah macam mana, malam itu dia bermimpi susuk tubuh seorang lelaki tapi dia tak dapat tengok muka sebab cahaya yang begitu terang.

Adam Corrie

Dia yakin itu Nabi Muhammad SAW. Terjaga sahaja daripada tidur, dia minta rakannya membawa dirinya ke masjid untuk memeluk Islam. Dia terus mengucap dua kalimah syahadah di Masjid Jamek Kuala Lumpur.

Bukan sekadar bergelar Muslim, tetap Adam Corrie juga telah mendalami serta menyebarkan tentang agama kepada rakan-rakannya.

Sejak berhijrah sehingga kini, dia telah membuatkan lebih daripada 18 ke 19 orang kawan-kawannya terbuka hati untuk menganut agama Islam.

@zonilmuBAGAIMANA SAYA DAPAT ISLAM? Video Penuh Di YouTube ZON ILMU♬ original sound – ZON ILMU

Menerusi ruangan komen ramai tersentuh dengan kisah penghijrahan aktor terkenal dengan watak samseng itu dan rata-ratanya menganggap Adam Corrie beruntung kerana dapat bermimpi bertemu Rasulullah SAW.

Dalam pada itu, ramai terinspirasi dengan Adam Corrie kerana berusaha untuk mempelajari Islam sejak berhijrah dan kagum apabila dia berdakwah sehingga berjaya membuat kawan-kawan turut memeluk Islam.

komen netizen

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

reza rahadian
1 year ago

"Saya Menemukan Kedamaian, Islam Ada Semua" - Peluk Islam Diusia 19 Tahun, Reza Rahadian Kongsi Kisah Jadi Mualaf

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...