“Maksud Setia, Jujur, Dipercayai Dan Beriman” – Scha Alyahya Dan Awal Ashaari Dedah Nama Puteri Kedua

Hiburan

“Maksud Setia, Jujur, Dipercayai Dan Beriman” – Scha Alyahya Dan Awal Ashaari Dedah Nama Puteri Kedua

Selepas sebulan pasangan Awal Ashaari dan Scha Alyahya menimang chaya mata kedua mereka, akhirnya mereka mengumumkan nama kepada bayi perempuan tersebut.

4 years ago

Awal Dan Scha Kongsi Wajah 'Baby L', Peminat Sebak Tonton Video Detik Bersalin

Advertisement

Dalam rancangan Schawal Baby Boom yang ditayangkan kelmarin, pasangan itu bersetuju untuk menamakan puteri kedua mereka dengan nama Lyla Amina.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Awal Ashaari ® (@awalashaari)

Bahkan Awal sendiri mengakui bahawa tidak dapat tidur malam kerana sibuk memikirkan nama yang terbaik untuk anaknya itu. Tambahnya, mereka mempunyai dua pilihan akhir namun masih menghadapi kesukaran untuk memilih yang terbaik.

“LA atau LY, dua huruf ni yang buat saya tak boleh tidur malam. Temujanji dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sudah
buat waktu itu tapi nama pula tak putuskan lagi.”

Bukan sahaja mereka, malah puteri sulung, Lara Alana juga turut menyumbangkan idea dalam menamakan adik perempuannya itu.

“Asalnya Lara inginkan nama Lela yang dia sudah pilih lama semasa adik masih dalam perut lagi. Sementara, saya dan isteri
pula sudah jatuh hati dengan nama Aminah diambil bersempena nama ibu Nabi Muhammad SAW.”

scha alyahya

Selepas berbincang, Awal dan Scha kemudiannya memutuskan untuk memberikan nama Lyla Amina yang membawa maksud setia, jujur, dipercayai dan beriman.

Sedap betul nama cahaya mata kedua pasangan ini kan?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...