Pendakwah bebas PU Syed tampil menegur kumpulan Dolla yang didakwa tidak menjaga etika berpakaian sebagai umat Islam.
Menerusi satu entri di Instagram, dia menyatakan bahawa pernah memberi teguran terhadap kumpulan tersebut setahun yang lalu, termasuk menyinggung tentang nama mereka yang didakwanya menyerupai perkataan Arab “ضل” (sesat).
“Ternyata hampir sama dah…,” tulisnya sambil menyifatkan tegurannya ibarat mencurah air ke daun keladi kerana tiada perubahan ditunjukkan oleh pihak terlibat.
View this post on Instagram
Dia juga menggesa pihak berkuasa agar lebih tegas menguatkuasakan etika pemakaian dalam kalangan rakyat, terutamanya golongan artis dan pempengaruh Muslim yang menurutnya telah menjadi contoh tidak baik kepada masyarakat.
Tambahnya lagi, ramai kini berpakaian seolah-olah bertelanjang, dan dia menyerahkan kepada golongan wanita seperti ustazah untuk menyuarakan teguran, agar tidak timbul dakwaan kononnya lelaki hanya mencari salah perempuan.
Dia turut memetik aduan netizen yang kecewa dengan perlakuan yang dianggap menjurus kepada maksiat, serta menggesa pihak berautoriti untuk lebih cakna terhadap isu ini.