Maksud Disebalik “Kerajaan Beta”, Di Dalam Titah Baginda Yang DiPertuan Agong

Trending

Maksud Disebalik “Kerajaan Beta”, Di Dalam Titah Baginda Yang DiPertuan Agong

Istilah ‘kerajaan Beta’ yang digunakan dalam titah Yang Dipertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam ketika perasmian pembukaan Penggal Ketiga Parlimen Ke-14, telah mendapat perhatian rakyat.

Baginda bertitah bahawa, baginda menaruh sepenuh keyakinan kepada usaha-usaha membawa negara ini kepada kejayaan yang lebih tinggi, di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Advertisement

“Nasihat Beta, laksanakanlah amanah ini dengan jujur dan penuh tanggungjawab, serta jangan sekali-kali mengabaikan kesejahteraan rakyat jelata.”

Seorang individu berkongsi penjelasan di sebalik penggunaan istilah tersebut. Dia yang dikenai sebagai Ayman Rashdan Wong menyatakan istilah tersebut pernah digunapakai sebelum ini.

Menurutnya, titah Queen Elizabeth II yang mengikut perspektif baginda, semua yang berada di bawah pemerintahan baginda adalah kepunyaan raja.


“Dan sebab itu, hanya Raja saja boleh panggil PM sebagai “my Prime Minister”. Kita tak boleh sesuka hati panggil PM sebagai “my Prime Minister” sebab he/she is never yours.

Tradisi titah pembukaan parlimen adalah berasal daripada Britain yang mengasaskan Sistem Constitutional Monarchy pada 1688. Sistem ini tidaklah sempurna tetapi ia merupakan sistem paling stabil kerana wujudnya satu pemerintahan ketua negara dan rakyat yang perlu akur padanya.

Tetapi jika di negara republik, presiden yang dilantik sebagai ketua negara adalah dari kalangan orang awam dan dikalangan wakil politik. Jadi ia akan menberikan kesan tidak neutral dan membuatkan ia akan membuatkan rakyat berpecah belah mengikut kefahaman politik.

Raja merupakan figura yang melangkaui politik.

“Best tak constitutional monarchy?”

Sumber: Berita Harian

Walau apapun, institusi diraja di negara kita ini mempunyai nilai dan kepentingannya yang tersendiri dan bukanlah hanya sebagai lambang adat serta kesinambungan sejarah. Kita seharusnya mengekalkan identiti bangsa negara dan menjaga kedaulatan negara supaya kekal terpelihara.

“Raja dan rakyat berpisah tiada.”

Jom like Facebook & follow Twitter Amazing Nara bagi mendapatkan berita dan cerita terkini lagi sensasi di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...