Pelanggan hanya boleh berada di dalam semua premis peruncitan termasuk pusat beli-belah dalam tempoh maksimum hanya 2 jam sahaja dan ianya akan berkuatkuasa pada 25 Mei ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata yang keputusan ini dibuat untuk memperketatkan perlaksanaan PKP 3.0 oleh Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Semua premis peruncitan termasuk kompleks beli-belah wajib menghadkan jumlah pelanggan dalam satu-satu masa mengikut keluasan premis perniagaan dengan penetapan satu orang bagi setiap empat meter persegi.
Tempoh masa pelanggan di dalam semua premis peruncitan termasuk pusat beli-belah dihadkan kepada maksimum dua jam.
Menurut laporan Harian Metro, pihak KPDNHEP akan mengerakkan seramai lebih 2,000 orang penguatkuasa di seluruh negara untuk memastikan semua pihak mematuhi SOP yang telahpun dilaksanakan.
KPDNHEP juga tidak teragak-agak untuk mencadangkan kepada MKN untuk menutup serta merta mana-mana premis yang didapati tidak mematuhi SOP.