Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Makrifat Cinta, Sebuah Filem Yang Pasti Akan Meruntun Jiwa Anda

Setelah sekian lama menanti, filem Makrifat Cinta yang dibintangi oleh Syamsul Yusof, Nabila Huda, Nora Danish, Adi Putra dan Puteri Balqis telah pun mula ditayangkan di pawagam bermula 1 Februari lalu.

makrifat cinta
Merupakan sebuah filem arahan Kamal G, Makrifat Cinta mengisahkan seorang lelaki bernama Mahathir (Syamsul Yusof) yang bergelumang dengan masalah yang dialaminya dalam membina sebuah mahligai cinta yang sejati dan berdepan dengan tanggungjawab sebagai seorang suami. Mahathir berusaha keras mencari nafkah untuk keluarganya, namun sering ditimpa masalah tanpa henti dan sikap isterinya yang tidak memahami menyebabkan Mahathir sering tertekan.

Advertisement

Apa yang menariknya tentang Makrifat Cinta ini ialah ia adalah berdasarkan kisah benar yang telah dialami oleh sahabat pengarah filem ini. Filem yang bertunjangkan kisah benar seringkali menyentuh perasaan, meruntun jiwa dan mampu membuatkan hati kita tersentuh. Ternyata filem Makrifat Cinta mempunyai kesemua kualiti itu, terutamanya daripada segi lakonan yang amat mantap daripada pelakon-pelakon gred A di dalamnya.

Yang paling mengujakan ialah ini adalah filem lakonan pertama Syamsul Yusof yang menampilkan dirinya bukan sebagai seorang gangster ataupun ustaz. Memang terkejut juga melihat lakonan mantap dan padu Syamsul Yusof sebagai seorang ayah yang berusaha mencari kebahagiaan buat keluarganya. Kita akan turut sama tenggelam di dalam emosi yang ditunjukkan oleh Syamsul sepanjang filem ini. Memang berkesan dan mendalam sungguh penghayatannya.

Advertisement

makrifat cinta

Adi Putra juga telah menampilkan sisi lakonan yang lain daripada lain dengan memegang watak Rizal iaitu seorang seorang penagih dadah dan kaki judi. Apa-apa pun jom kita saksikan trailer filem Makrifat Cinta ini:-

Mantap kan? Filem Makrifat Cinta sememangnya sebuah filem yang akan meruntun jiwa sesiapa yang menontonnya. Jadi marilah ramai-ramai kita ke panggung wayang untuk memberi sokongan kepada filem tempatan yang berkualiti sebegini. Sekali lagi diingatkan, filem Makrifat Cinta ini telah mula ditayangkan bermula 1 Februari. Sama-sama kita serbu!!! Selamat menonton!!!

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

27 Comments

  1. linda martopo

    February 5, 2018 at 10:39 am

    Cite nie dah best dah..tapi tiba2 ending buat Sofea (Nora Danish) mati..mmg betul2 spoil mood..elok2 dah ckp best..keluar je panggung semua ckp xbest..hurrmmmm..rugi laaa…

    • Noone

      February 5, 2018 at 11:04 am

      Mohon jangan beritahu ending sesebuah cerita drama/filem/buku kepada umum, walau macam mana perasaan anda terhadap cerita tersebut.

      Sila lebih bertimbang-rasa di masa hadapan – terhadap bakal penonton2 yg lain (yang ingin menonton sendiri cerita tersebut), dan juga terhadap tenaga pekerja cerita tersebut (yang telah bekerja keras untul menghasilkan produk tersebut).

      Terima kasih

  2. damai

    February 5, 2018 at 9:50 am

    x faham lah netizen ini semua, cerita yg penuh dgn message berdasarkan cerita benar blm tengok dah hentam. pelakon semua ok apa,kalau dinegara India, HK, Thailand semua kalau pelakon mrk itu semua otai2 dan cerita penuh dgn pengajaraan dan message, cerita ini lah diangkat, mrk x pernah hentam. ini blm tengok dah hentam mcm2, x kan lah asyik nak tengok pelakon baru dan muda tapi cerita entah apa2 entah, x suka jgn lah hentam,

    • melati

      February 5, 2018 at 10:53 am

      satu jer nk ckp…damai February 5, 2018 at 9:50 am…. mamat ni suka Copypaste …tu jer

    • Noone

      February 5, 2018 at 11:00 am

      Siapa yg suka copypaste?

    • Random

      February 5, 2018 at 11:15 am

      tu lah..setuju jugak ni..kalau bangsa lain support je filem diorg..kita ni biasala..ye la haters ni dengki dgn kehidupan artis..haters ni mcm ade personal pulak dgn artis2 ni kan…padahal itu mmg kerja diorg..

    • Anonymous

      February 5, 2018 at 10:58 pm

      Pelakon hollywood lag kena kutuk kaw2 kot.Cer tgk diaorg baca tweet ttg diri diaorg.sumpah kalau kena down terus.

  3. melati

    February 5, 2018 at 9:24 am

    hahahaha… Citer Tamil lagi Best….!!!

  4. CPS

    February 5, 2018 at 8:17 am

    “Yang paling mengujakan ialah ini adalah filem lakonan pertama Syamsul Yusof yang menampilkan dirinya bukan sebagai seorang gangster ataupun ustaz.”

    Filem desolusi pun syamsul yusof bukan gengster mahupun ustaz. so ni bukan filem pertama.

  5. Amad

    February 5, 2018 at 5:40 am

    Nampak macam menarik, tapi lebih sesuai dijadikan drama mungkin?

    Praise for Syamsul Yusof and Nabila Huda.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top