Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Makrifat Cinta, Sebuah Filem Yang Pasti Akan Meruntun Jiwa Anda

Setelah sekian lama menanti, filem Makrifat Cinta yang dibintangi oleh Syamsul Yusof, Nabila Huda, Nora Danish, Adi Putra dan Puteri Balqis telah pun mula ditayangkan di pawagam bermula 1 Februari lalu.

makrifat cinta
Merupakan sebuah filem arahan Kamal G, Makrifat Cinta mengisahkan seorang lelaki bernama Mahathir (Syamsul Yusof) yang bergelumang dengan masalah yang dialaminya dalam membina sebuah mahligai cinta yang sejati dan berdepan dengan tanggungjawab sebagai seorang suami. Mahathir berusaha keras mencari nafkah untuk keluarganya, namun sering ditimpa masalah tanpa henti dan sikap isterinya yang tidak memahami menyebabkan Mahathir sering tertekan.

Advertisement

Apa yang menariknya tentang Makrifat Cinta ini ialah ia adalah berdasarkan kisah benar yang telah dialami oleh sahabat pengarah filem ini. Filem yang bertunjangkan kisah benar seringkali menyentuh perasaan, meruntun jiwa dan mampu membuatkan hati kita tersentuh. Ternyata filem Makrifat Cinta mempunyai kesemua kualiti itu, terutamanya daripada segi lakonan yang amat mantap daripada pelakon-pelakon gred A di dalamnya.

Yang paling mengujakan ialah ini adalah filem lakonan pertama Syamsul Yusof yang menampilkan dirinya bukan sebagai seorang gangster ataupun ustaz. Memang terkejut juga melihat lakonan mantap dan padu Syamsul Yusof sebagai seorang ayah yang berusaha mencari kebahagiaan buat keluarganya. Kita akan turut sama tenggelam di dalam emosi yang ditunjukkan oleh Syamsul sepanjang filem ini. Memang berkesan dan mendalam sungguh penghayatannya.

Advertisement

makrifat cinta

Adi Putra juga telah menampilkan sisi lakonan yang lain daripada lain dengan memegang watak Rizal iaitu seorang seorang penagih dadah dan kaki judi. Apa-apa pun jom kita saksikan trailer filem Makrifat Cinta ini:-

Mantap kan? Filem Makrifat Cinta sememangnya sebuah filem yang akan meruntun jiwa sesiapa yang menontonnya. Jadi marilah ramai-ramai kita ke panggung wayang untuk memberi sokongan kepada filem tempatan yang berkualiti sebegini. Sekali lagi diingatkan, filem Makrifat Cinta ini telah mula ditayangkan bermula 1 Februari. Sama-sama kita serbu!!! Selamat menonton!!!

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

27 Comments

  1. Kak Halia

    February 3, 2018 at 1:38 am

    Cehhh ND dan AP., Tak terasang nk bersiap gerak punggung ke panggungg.

  2. Anonymous

    February 3, 2018 at 12:15 am

    Skrg Fazura rules…

    • Anonymous

      February 3, 2018 at 1:39 am

      Filem Fazura pun ada yng flop jugak. Jgn riak la..

  3. potong stim

    February 2, 2018 at 11:50 pm

    semua bapak2 dan mak orang.

  4. Anak Buluh Betong

    February 2, 2018 at 8:10 pm

    Xde pelakon yng muda2 sikit ke? Semua dah liat …lol

    • Anonymous

      February 3, 2018 at 1:41 am

      sesuai la. pilem utk makcik2 bawang…

  5. Anonymous

    February 2, 2018 at 8:08 pm

    mcm lemau je movie ni. nora danish dan adi putra pulak tu…mmm lagi la xminat.
    next?

    • Anonymous

      February 3, 2018 at 1:42 am

      Nora lakonan kalu..mmg 2 bintang la aku kasi. Bersara je lah..

    • Pekerja Gomen

      February 5, 2018 at 9:44 am

      Aku rasa nak pijak2 perut Nabila Huda dalam cerita ni.
      Mentang2 la suami ko tu slow…
      Adi Putra… kalau berlakon jahat… mmg ko benci smpi tahap nak ludah.

      tp aku mmg tak suka dengan ending cerita ni…
      so bila ko tak suka ending..
      mmg susah nak jual la filem ni

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top