Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Makrifat Cinta, Sebuah Filem Yang Pasti Akan Meruntun Jiwa Anda

Setelah sekian lama menanti, filem Makrifat Cinta yang dibintangi oleh Syamsul Yusof, Nabila Huda, Nora Danish, Adi Putra dan Puteri Balqis telah pun mula ditayangkan di pawagam bermula 1 Februari lalu.

makrifat cinta
Merupakan sebuah filem arahan Kamal G, Makrifat Cinta mengisahkan seorang lelaki bernama Mahathir (Syamsul Yusof) yang bergelumang dengan masalah yang dialaminya dalam membina sebuah mahligai cinta yang sejati dan berdepan dengan tanggungjawab sebagai seorang suami. Mahathir berusaha keras mencari nafkah untuk keluarganya, namun sering ditimpa masalah tanpa henti dan sikap isterinya yang tidak memahami menyebabkan Mahathir sering tertekan.

Advertisement

Apa yang menariknya tentang Makrifat Cinta ini ialah ia adalah berdasarkan kisah benar yang telah dialami oleh sahabat pengarah filem ini. Filem yang bertunjangkan kisah benar seringkali menyentuh perasaan, meruntun jiwa dan mampu membuatkan hati kita tersentuh. Ternyata filem Makrifat Cinta mempunyai kesemua kualiti itu, terutamanya daripada segi lakonan yang amat mantap daripada pelakon-pelakon gred A di dalamnya.

Yang paling mengujakan ialah ini adalah filem lakonan pertama Syamsul Yusof yang menampilkan dirinya bukan sebagai seorang gangster ataupun ustaz. Memang terkejut juga melihat lakonan mantap dan padu Syamsul Yusof sebagai seorang ayah yang berusaha mencari kebahagiaan buat keluarganya. Kita akan turut sama tenggelam di dalam emosi yang ditunjukkan oleh Syamsul sepanjang filem ini. Memang berkesan dan mendalam sungguh penghayatannya.

Advertisement

makrifat cinta

Adi Putra juga telah menampilkan sisi lakonan yang lain daripada lain dengan memegang watak Rizal iaitu seorang seorang penagih dadah dan kaki judi. Apa-apa pun jom kita saksikan trailer filem Makrifat Cinta ini:-

Mantap kan? Filem Makrifat Cinta sememangnya sebuah filem yang akan meruntun jiwa sesiapa yang menontonnya. Jadi marilah ramai-ramai kita ke panggung wayang untuk memberi sokongan kepada filem tempatan yang berkualiti sebegini. Sekali lagi diingatkan, filem Makrifat Cinta ini telah mula ditayangkan bermula 1 Februari. Sama-sama kita serbu!!! Selamat menonton!!!

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

27 Comments

  1. Mariam

    April 11, 2018 at 1:41 am

    Best filem ni.Lagi2 ia merupa kan sebuah kisah benar yang di angkat utk di jadi kan filem.. kesan teknik cgi yang bagus.Skrip yg bagus.Lakonan pelakon2 yang mantap.Kisah seorang jutawan yang melalui berbagai dugaan sebelum jumpa kesenangan..

  2. Sam

    February 5, 2018 at 9:28 pm

    Saya rasa u all yang hentam filem ni tak layak kut menonton.Nampak sangat suka hentam dan tak tahu nak analyst.Filem ni introduce cgi dan camera lens yang belum pernah diguna mana2 filem melayu sebelum ni. Editing dalam filem ni telah membawa filem malaysia ke level yang lebih baik..mungkin story dalam cerita ni biasa sahaja tapi dari segi technical memang bagus..ramai yang puji filem ni dari segi technical..kalau nak compare gan cerita lain yang pernah pakai cgi, memang filem ni lebih bagus…

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top