Semalam, perkongsiaan isteri kepada pelakon sensasi, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada mengenai dirinya sedang hamil 10 minggu membuatkan ramai pihak berasa terkejut.
Bukan saja rasa terkejut, malah ramai juga berasa simpati kerana memikirkan keadaannya ketika ini yang perlu berjuang tanpa suami disisi akibat kemelut rumah tangga sudah cukup memberi kesan yang amat mendalam buat wanita tersebut.
View this post on Instagram
Hantaran Shuhada atau mesra dipanggil sebagai Shu itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen, hinggakan ada yang membuat spekulasi bahawa dia sudah pun hamil sewaktu dirinya dipukul oleh Hafidz ketika dalam kereta, sebelum ini.
Bagaimanapun, mereka turut meluahkan rasa syukur kerana kandungan Shu masih dalam keadaan yang baik saja biarpun dipukul teruk waktu itu.
Dalam pada masa yang sama, ramai juga yang memberi sokongan dengan kata-kata semangat buat wanita tersebut untuk kuat hadapi ujian ini dan kekal berjuang membesarkan anak-anaknya.