Maklumat Peribadi Didedahkan : Nourul Wahab Diganggu Lelaki Gila Seks

Hiburan

Maklumat Peribadi Didedahkan : Nourul Wahab Diganggu Lelaki Gila Seks

Gara-gara terasa hati dengan perkataan kasar yang dikatakan oleh penyanyi Nourul Wahab ketika membuat pesanan makanan menerusi telefon, seorang pekerja restoran makanan segera telah mendedahkan maklumat peribadi Nourul kepada lelaki-lelaki berhidung belang.

Advertisement

Nourul memberitahu, tindakan pekerja berkenaan telah mengakibatkan beliau menerima pelbagai mesej dan gangguan oleh beberapa orang lelaki yang gila seks.

Saya ada menghubungi sebuah restoran makanan segera untuk membuat pesanan, malangnya dia menjawap panggilan saya dengan nada yang tidak mesra dan secara tidak sengaja juga saya terkeluar satu perkataan yang agak kasar.

Selapas itu kira-kira 30 minit telefon saya mula dihubungi oleh orang yang gila seks dan mengajak saya ke hotel. Malah mereka juga menerima maklumat kononnya saya seorang janda.

Susulan perkara berkenaan, Nourul turut menjelaskan situasi yang berlaku kepada dirinya melalui akaun Facebooknya minggu lepas.

Menurut Nourul, pihak restoran segera tersebut telah tampil memohon maaf dan akan mengambil tindakan kepada pekerja terbabit.

Nourul merasakan tindakan tersebut agak melampau dan beliau sudah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada hari Jumaat lepas dan kini dalam perbincangan bersama peguamnya untuk membawa kes ini ke mahkamah.

Saya juga mengaku bahawa keluar satu perkataan yang tidak sepatutnya sehingga mengakibatkan pekerja itu marah. Tapi tidak sepatutnya dia menyebarkan nombor dan maklumat peribadi saya kepada pihak lain sehingga menimbulkan ancaman keselamatan

Saya buat laporan polis demi keselamatan saya kerana ada yang hubungi saya ugut yang bukan-bukan. Sekarang sedang kumpul bukti dan ikut nasihat peguam saya.

Jika dalam tempoh seminggu masih ada orang kacau saya tidak teragak-agak untuk bawa perkara ini ke mahkamah.

Dalam keadan marah kita mungkin tidak mampu untuk mengawal kata-kata yang keluar daripada mulut kita. Namun, sentiasa cuba untuk bersabar lebih-lebih lagi berurusan dengan mereka yang tidak dikenali secara atas talian. Manusia ini pelbagai ragamnya, kalau rasa sentap dan tidak puas hati, macam-macam perkara yang mereka boleh lakukan.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...