Maklumat Penting Yang “Peniaga Online” Perlu Dedahkan Kepada Pembeli

Trending

Maklumat Penting Yang “Peniaga Online” Perlu Dedahkan Kepada Pembeli

Di bawah Peraturan-peraturan Pelindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012 yang digariskan di bawah Akta Pelindungan Pengguna 1999, diperuntukkan bahawa para peniaga yang menawarkan produk dan perkhidmatan dalam talian perlu memenuhi lapan kehendak peraturan.

Advertisement

Menurut Pengarah Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDNKK), Datuk Mohd Roslan Mahayudin, peniaga dalam talian perlu mendedahkan maklumat seperti

– Nama orang dalam perniagaan

– Nombor perniagaan dan syarikat

– Alamat e-mel dan nombor telefon

– Ciri produk dan perkhidmatan yang ditawarkan

– Harga penuh

– Kos pengangkutan

– Cukai dan kos lain

– Kaedah pembayaran serta terma dan syarat serta anggaran masa penghantaran kepada pembeli juga perlu dinyatakan.

Oleh itu perihal ‘pm tepi’ (mesej peribadi) yang diamalkan dalam media sosial sebenarnya satu kesalahan apabila peniaga tidak mendedahkan makumat yang telah digariskan.

“Pihak KPDNKK membenarkan pm tepi untuk para pembeli mendapatkan maklumat lanjut namun syarat utama untuk para peniaga dalam talian adalah meletakkan harga untuk sesuatu produk yang ditawarkan,”Mohd Roslan memberitahu Bernama.

Peraturan untuk para peniaga memenuhi lapan kehendak yang disebutkan berkuat kuasa pada 1 Julai 2013 namun pihak KPDNKK memberikan tempoh untuk peniaga dalam talian mematuhi peraturan ini sehingga bulan September.

Mana-mana peniaga yang gagal mematuhi peraturan ini dan jika kes mereka dibawa ke mahkamah, untuk individu, mereka boleh dikenakan denda maksimum RM50,000 atau tiga tahun penjara.

Untuk syarikat yang disabitkan kesalahan pula, denda tidak melebihi RM100,000, akan dikenakan.

— BERNAMA

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...