“Makin Tebal Bibir” – ‘Rewind’ Babak Sketsa Dengan Erra, Jep Menangis Disuap Bubur Bercili Oleh Sari Yanti

Hiburan

“Makin Tebal Bibir” – ‘Rewind’ Babak Sketsa Dengan Erra, Jep Menangis Disuap Bubur Bercili Oleh Sari Yanti

Rancangan komedi Sepahtu Reunion baru-baru ini telah melebarkan sayap apabila kumpulan pelawak itu ada mengadakan ‘Live Tour’ di beberapa negeri iaitu di Johor, Kedah dan juga Terengganu.

Untuk lokasi pertama, kumpulan Sepahtu telah menjelajah Stadium Tertutup Pasir Gudang, Johor Bahru di aman mereka turut menjemput selebriti terkenal yang lain bagi memeriahkan program iaitu Erra Fazira.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jep Sepahtu (@jepsepahtu)

Dalam edisi itu, Jep telah membawa watak sebagai Haris dan ‘bercinta’ dengan primadona itu. Dalam sketsa itu, ada babak suap  menyuap bubur nasi di antara Jep dan Erra yang ternyata telah membuatkan penonton ketawa terbahak-bahak.

Berikutan populariti episod program komedi itu, isteri kepada Jep, pelakon Sari Yanti khabarnya ada membuat lakonan semula babak suap menyuap itu dengan menyediakan bubur ‘ekstra’ cili padi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sari Yanti (@sariyanti)

Sekadar berseloroh, Jep dilihat telah disuap bubur bercili itu oleh Sari Yanti sambil air mata mengalir di pipi.

Reda dengan ‘hukuman’ itu, netizen di media sosial turut merasa terhibur dengan gelagat suami isteri itu.

Seminggu la Jep makan bubur bersuap hahahaha – netizen

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Fauziah Nawi
2 years ago

"Banyak Yang Tak Kena.." - Seniwati Fauziah Nawi Akui Tak Tonton Filem Mat Kilau, Alasan 'Tak Lalu'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...