Rancangan komedi Sepahtu Reunion baru-baru ini telah melebarkan sayap apabila kumpulan pelawak itu ada mengadakan ‘Live Tour’ di beberapa negeri iaitu di Johor, Kedah dan juga Terengganu.
Untuk lokasi pertama, kumpulan Sepahtu telah menjelajah Stadium Tertutup Pasir Gudang, Johor Bahru di aman mereka turut menjemput selebriti terkenal yang lain bagi memeriahkan program iaitu Erra Fazira.
View this post on Instagram
Dalam edisi itu, Jep telah membawa watak sebagai Haris dan ‘bercinta’ dengan primadona itu. Dalam sketsa itu, ada babak suap menyuap bubur nasi di antara Jep dan Erra yang ternyata telah membuatkan penonton ketawa terbahak-bahak.
Berikutan populariti episod program komedi itu, isteri kepada Jep, pelakon Sari Yanti khabarnya ada membuat lakonan semula babak suap menyuap itu dengan menyediakan bubur ‘ekstra’ cili padi.
View this post on Instagram
Sekadar berseloroh, Jep dilihat telah disuap bubur bercili itu oleh Sari Yanti sambil air mata mengalir di pipi.
Reda dengan ‘hukuman’ itu, netizen di media sosial turut merasa terhibur dengan gelagat suami isteri itu.
Seminggu la Jep makan bubur bersuap hahahaha – netizen
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.