Pendakwah bebas, Ustazah Asma Harun baru-baru ini memuat naik hantaran di Instagram menegur kaum lelaki yang memakai rantai dan berpakaian menyerupai wanita.
Menerusi coretannya pada bahagian kapsyen, Ustazah Asma meluahkan rasa bimbang kerana risau budaya pemakaian rantai yang ditunjukkan oleh golongan artis dan influencer semakin dinormalisasikan mungkin akan mempengaruhi anak muda.
Makin ramai kaum lelaki memakai rantai, artis dan influencer pun dah semakin berani tonjolkan diri di khalayak dengan gaya sebegini, mereka ni boleh mempengaruhi anak muda.”
Dalam pada itu, Ustazah Asma turut menyertakan hukum memakai aksesori berkenaan dari perspektif agama Islam.
Perkongsian itu turut menjelaskan bahawa pengharaman terhadap lelaki menyerupai wanita tiada khilaf dalam kalangan alim ulama sama ada dari sudut pergerakan badan, kelembutan kata-kata, perhiasan, pakaian dan lain-lain yang khas bagi wanita.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berterima kasih dengan ilmu yang diberikan dan menerima teguran dengan hati yang terbuka.
Selain itu, kami sertakan artikel berkaitan pada pautan di bawah: