Makin Ramai Anak Muda Islam ‘Flex’ Pergi Kelab Malam & Minum Arak, Lelaki Mualaf Bersuara – “Malu Bila Non Muslim Yang Tegur”

Kehidupan

Makin Ramai Anak Muda Islam ‘Flex’ Pergi Kelab Malam & Minum Arak, Lelaki Mualaf Bersuara – “Malu Bila Non Muslim Yang Tegur”

Menerusi perkongsian seorang individu yang merupakan pempengaruh mualaf di TikTok, dia meluahkan rasa terkilan kerana terdapat segelintir individu yang bangga menayang dosa kepada umum.

Makin ramai umat Islam buat dosa terang-terangan

Lagi mengejutkan, individu-individu dengan selamba memaparkan suasana di kelab malam dan aktiviti haram secara terbuka di media sosial.

Advertisement

Kata pempengaruh tersebut, perkara tersebut bukan saja memberi kesan kepada diri sendirit tetapi juga kepada imej Islam di mata orang bukan Muslim.

Pempengaruh tersebut juga berkongsikan rakan sekerjanya bukan Muslim bertanya jika Islam membenarkan untuk minum arak kerana sering melihat rakannya yang beragama Islam di tempat-tempat sedemikian.

Soalan yang ditanyakan oleh rakan kerjanya itu seperti tamparan buatnya sebagai seorang Muslim dan dia hanya mampu perjelaskan bahawa agama Islam memang mengharamkan perbuatan tersebut dan individu yang melakukan perkara bertentangan dengan hukum adalah kehendak individu itu semata-mata.

Netizen setuju, malu bangsa lain tegur

Meninjau di ruangan komen hantaran terbabit, rata-rata netizen meluahkan rasa malu apabila bangsa lain menegur hal tersebut dan menyokong teguran yang dikongsikan oleh lelaki tersebut.

komen

komen

kosmetik pempengaruh terkenal tak laku
3 weeks ago

"'Owner' Asyik Bercinta.." - Host Kerap Buat 'Live' Habiskan Stok, Jenama Kosmetik 'Influencer' Terkenal Dikritik

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...