“Makin Popular Lepas..” – Masjid Di Thailand Tempat Syamsul Yusof & Ira Kazar Bernikah Jadi Tarikan ‘Orang Kita’

Hiburan

“Makin Popular Lepas..” – Masjid Di Thailand Tempat Syamsul Yusof & Ira Kazar Bernikah Jadi Tarikan ‘Orang Kita’

Sedia maklum, pengarah terkenal, Syamsul Yusof telah pun bernikah dengan kekasih hati, Ira Kazar pada awal Januari lalu di Thailand.

Difahamkan, masjid yang menjadi saksi pasangan ini disatukan ini kini menjadi tumpuan apabila pelancong-pelancong yang mengunjung ke sana.

Advertisement

Melalui laporan Harian Metro, Masjid Besar Wilayah Songkhia Thailand itu mula menjadi popular di kalangan pelancong selepas tularnya berita perkahwinan pengarah filem Mat Kilau tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm)

Menurut seorang pemandu pelancong daripada sebuah syarikat pelancong, urusan perkahwinan di situ mudah dan sememangnya menjadi pilihan ‘orang kita’ bernikah di sana.

Kalau nikah di situ memang ikhtiraf pun dan selepas itu mereka perlu serahkan borang di Kedutaan Malaysia. Ia bertambah popular selepas tersebarnya berita perkahwinan Syamsul.

Tambahannya lagi, dia sering menjadi rujukan buat warga tempatan terutama untuk mereka yang mahu melangsungkan perkahwinan di wilayah tersebut.

Sebelum ini, setelah sekian lama mendiamkan diri isu curang, akhirnya suami yang kini sudah bekas, Puteri Sarah memaklumkan kepada umum bahawa dia sudah pun menikahi Ira Kazar dengan berwalikan bapanya iaitu pelakon veteran, Kazar Saisi.

syamsul yusof
1 year ago

(VIDEO) Kelihatan Mesra Bersama Wanita Cantik, Netizen Dakwa Ini Kekasih Baru Syamsul Yusof?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...