“Makin Menjadi-Jadi..” – Puteri Sarah Kesal Berita Palsu Sering Tular, Bertegas Tak Akan Kembali Bersama Syamsul Yusof

Hiburan

“Makin Menjadi-Jadi..” – Puteri Sarah Kesal Berita Palsu Sering Tular, Bertegas Tak Akan Kembali Bersama Syamsul Yusof

Semenjak telah berpisah dengan pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof, aktres Puteri Sarah sering kali dikhabarkan kononnya telah kembali bersama bekas suami. Hal tersebut membuatkan Sarah berasa kurang selesa apabila disoal berkali-kali.

Tak akan terjadi

Menurut pelakon ini, dia bertegas dakwaan-dakwaan yang tular di media sosial itu adalah tidak betul dan dirinya juga sudah move on dari kisah silam itu. Tambahan pula, Sarah turut berkata perkara rujuk semula itu tidak akan terjadi dalam masa terdekat ini.

Advertisement

Ramai DM tanya betul ke? Rujuk balik ke? Jadi bini nombor dua ke?

 

Eh! Berita palsu. Tidak akan terjadi. Kita dah move on lah.

Makin diam, makin aneh

Bukan itu sahaja, pelakon berumur 39 tahun ini juga meluahkan rasa kesal dengan tindakan segelintir pihak yang sering memuat naik artikel bersama tajuk yang boleh mengundang salah faham seperti isu rujuk semula.

Katanya, keadaan semakin menjadi-jadi apabila dirinya memilih untuk mendiamkan diri daripada mengulas berita-berita berkenaan.

Seriuslah, makin menjadi-jadi tajuk Facebook. Makin benci dengan blog-blog dalam Facebook.

 

Mula-mula kata rujuk balik, lepas tu mengarut kata rujuk balik demi anak-anak. Aku tak fahamlah. Makin diam, makin aneh tajuk dia nak suruh masuk link Shopee.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm)

Sekadar info, Puteri Sarah pernah mendirikan rumah tangga bersama Syamsul pada 8 Mac 2014 sebelum bercerai talak satu pada 14 Jun tahun lepas. Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.

Ira kazar
7 months ago

Ira Kazar Didakwa Hamil, Syamsul Yusof Pula Alami Alahan?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...