“Makin Menjadi-Jadi, Macam Bimbo” – Atikah Suhaime Dikecam Terlalu ‘Oversharing’, Suami Tampil Pertahan

Hiburan

“Makin Menjadi-Jadi, Macam Bimbo” – Atikah Suhaime Dikecam Terlalu ‘Oversharing’, Suami Tampil Pertahan

Selepas dikecam gara-gara mempersoalkan keberkesanan penggunaan kerusi keselamatan bayi (car seat), suami kepada pelakon Datin Atikah Suhaime, Datuk Lokman Teh tampil mempertahankan isterinya dengan menjelaskan bahawa niat Atikah hanyalah untuk berinteraksi bersama peminat.

Menurut Lokman, 34, pertanyaan yang dikemukakan isterinya telah disalah tafsir oleh segelintir pihak sehingga mencetuskan reaksi kurang senang.

Advertisement

threads loman tea

Dia pun seorang selebriti dan pempengaruh, jadi apa-apa perkara yang dia lakukan mesti nak libatkan peminat. Kalau kalian tidak suka, saya akan minta dia berhenti untuk melibatkan peminat dalam setiap perkara.

Sebelum ini, pelakon filem TanTiAna itu berkongsi rasa gusar terhadap penggunaan car seat yang menurutnya mungkin memberi tekanan kepada tubuh bayi, khususnya yang masih kecil dan berusia beberapa bulan.

Atikah turut mengakui bahawa dia tidak berasa tenang meletakkan anak mereka, Lyla Mulan, di kerusi keselamatan tersebut, dan memilih untuk memangkunya sepanjang perjalanan ke Singapura baru-baru ini.

Namun niatnya itu disalah erti sehingga mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen.

“Bukan benci, tapi macam makin menjadi-jadi. Takkan semua benda nak tanya orang, bimbo betul,” komen netizen lain.

Untuk makluman, Atikah dan Lokman mendirikan rumah tangga pada 21 Januari tahun lalu dan dikurniakan seorang anak perempuan, Lyla Mulan Teh, pada 8 Mac lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

fazura hisyam hamid
9 hours ago

"Mana Tahu Kan Suatu Hari Nanti, Mudah-Mudahan" - Fazura Sifatkan Hisyam Hamid Sebagai 'Family Man'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...