Makin ‘Meletop’, Azah Aziz Hanya Makan Nasi Dua Sudu, Berjaya Turun Berat Badan 15 Kg

Hiburan

Makin ‘Meletop’, Azah Aziz Hanya Makan Nasi Dua Sudu, Berjaya Turun Berat Badan 15 Kg

Pelakon Azah Aziz yang kini menetap di luar negara tampil berkongsi tips setelah berjaya menurunkan badan daripada 63 kepada 48 kg hanya dalam masa lima bulan.

8 years lalu

Gaya Hidup Azah Aziz Di Montreal Dipertikai Peminat

Advertisement

Azah berkongsikan mengenai perkara tersebut menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya untuk tatapan peminat.

Dia juga meluahkan rasa gembira kerana usaha kerasnya itu kini membuahkan hasil.

Advertisement

Perjalanan berat badan saya kini berakhir, berjaya mencapai target berat saya 48 kg, misi selesai dalam masa lima bulan. Sekarang ini adalah masa untuk kekalkan dan bina sedikit otot. Berat sewaktu saya memulakan perjalanan ini adalah 63 kg pada 23 Mei.

Ujar pelakon drama Idaman ini lagi, dia mengamalkan makan dalam kuantiti yang sedikit dan bersenam pada setiap hari.

Saya berlari, hiking dan berjalan setiap hari untuk memastikan saya berjaya mencapai 10,000 langkah setiap hari. Saya juga makan dalam kuantiti yang sedikit, sarapan hanya dengan green tea, makan tengah hari hidangan kecil, lebihkan protein dan sayur-sayuran.

Malah, dia memaklumkan bahawa jumlah nasi yang diambil setiap hari hanyalah sekitar dua sudu dan banyak pengambilan air serta tiada gula mahupun pil diet mahun makanan tambahan.

Dia dalam pada itu turut memberikan kata-kata semangat buat mereka di luar sana yang masih mencuba dan dalam proses untuk menurunkan berat badan.

Sekadar info, Azah telah mendirikan rumah tangga bersama jejaka Inggeris, Daud Leroy Abdullah dan terus menetap di Montreal, Canada setelah bernikah.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang anak lelaki iaitu Aaron, Brian Dan Justin yang kini sudah meningkat dewasa.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

5 Comments

  1. Anonymous

    October 21, 2021 at 9:12 pm

    Semoga berubah ke Jalan Allah. Istiqomah selalu. Aamiin.

  2. Anon

    October 20, 2021 at 9:38 pm

    Exkissme..dia duk overseas saaangat lama. Tu ada tulisan melayu mmg tabik la. Makanan pun totally lain. Kawan saya umo 8 thn pegi canada 10 thn kemudian balik malaysia. All bahasa gone! Sian dia masuk uni di malaysia, gigih ambik kelas basic bahasa sbb terkial2 lidah dia nak sembang dgn melayu. Saya pegi indon ulu2 pun all bahasa bertukar jgk ikut gaya tempatan sana. Sama mcm saya tinggal di kampung area kelantan walau 5 bulan…mmg menjadi kelantanese..

    • anonymous

      October 21, 2021 at 12:09 am

      diam la kau BODO

    • Me

      October 21, 2021 at 4:19 am

      Mereka ni jeles sebenarnya. English bengap. Cakap english gagap. Yg tahu pun “you all” je. Tak da usaha nak ubah hidup mcm Anonymous tak pernah nak terlintas hidup luar negara or bercampur dgn bangsa asing. Apa yg Anon ckp tu betul sgt.

  3. anonymous

    October 20, 2021 at 5:32 pm

    gigh nak tulis english tapi tungging langgang campor tibai caca marba,puloh tahun kawin ong putih tak kan tak pandai2 kut ,better acik tulih BM senang kami paham,jgn mare acik nanti uban tumbuh laju

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...