Nampak seperti berat badan dah naik secara mendadak, penampilan terbaru pelakon Shaheizy Sam ternyata telah mengejutkan ramai netizen di luar sana. Mana tidaknya, Shaheizy Sam yang lebih mesra disapa sebagai Sam ini dilihat semakin ‘membesar’ dan kelihatan sedikit boroi di bahagian perut.
Menurut Sam, dia mengakui perubahan bentuk badannya itu adalah disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan kini.
Mengulas lanjut, sepanjang tempoh PKP ini, dia banyak menikmati waktu rehat bersama isteri tercinta, Syatilla Melvin serta kedua anak mereka. Ujarnya lagi, pada awal dulu Syatilla merancang untuk menggemukkan badan Sam namun kini mula risau dengan perubahan fizikal suaminya itu.
“PKP punya fasal saya duduk rumah dan luangkan masa dengan keluarga. Sebelum ini isteri memang ada target semasa PKP dia nak lebarkan badan saya, setiap hari dia masak makanan sedap-sedap. Tapi sekarang bila dah jadi macam ni, dia dah nampak keraguan, mula risau. Takut lepas ni lebar-lebar, tak boleh nak kurus balik,”
Ketika ditanyakan mengenai perkembangan terkini, Sam berkata sepanjang tempoh PKP ini dia banyak melakukan kerja sendiri, menguruskan produk dan produksinya sendiri. Dia turut berkata bahawa dirinya akan beraksi semula sebagai pelakon pada hujung tahun ini.
Sumber: mStar Online